Pagi ini saya berkesempatan bersembang dengan seorang kawan di laman sembang Facebook. Kami adalah kawan sekampung malah mempunyai tali persaudaraan.
Pada permulaan-nya kami hanya bertanyakan khabar diri masing-masing, maklum lah kan kami jarang-jarang berjumpa, saya di semenanjung dia pula di Pulau Banggi kerana tugas. Setalah memulai dengan bertanyakan khabar masing-masing kami mulai bercerita tentang keadaan kampung halaman kami yang dicintai, Kampung Talantang. Si kawan ini yang banyak bercerita sebab dia lebih kerap balik kampung dari saya.
Dalam banyak-banyak cerita tentang perkembangan kampung, pasal banjir dan kerosakan yang dialami, ada satu cerita yang sangat menyedihkan berlaku dan dialami kebanyakan penduduk Kampung Talantang.
Kejadian banjir awal tahun lalu menyebabkan sebahagian besar sawah padi yang diusahakan oleh penduduk Kampung Talantang tertimbus dengan pasir. Pemimpin-pemimpin kerajaan tempatan yang disayangi juga telah turun padang untuk melihat sendiri keadaan kerosakan teruk yang dialami. Penduduk Kampung Talantang sangat menghargai keperihatinan para pemimpin kerajaan tempatan kerana selain dari turun padang mereka juga telah berjanji akan menghulurkan bantuan dengan menolong membajak atau meratakan sawah padi yang tertimbus melalui Jabatan Pertanian Daerah.
Apa yang menyedihkan ialah pertolongan kerajaan yang telah dijanjikan mengambil masa setahun untuk dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Ini menyababkan orang-orang kampung terpaksa melupakan hasrat untuk bersawah padi selama dua musim. Pendapatan mereka juga terjejas, memikirkan hal ini saya sangat merasa sedih dan kesihan khususnya orang kampung yang sangat bergantung kepada hasil padi untuk meneruskan kesinambungan hidup mereka.....
Dalam hal ini kerajaan sepatutnya bertindak lebih aktif dan extrem dalam melaksanakan bantuan yang perlu untuk orang kampung, dan kalau kelewatan ini memang tidak dapat dielakkan, kerajaan perlu memikirkan bantuan alternatif dalam bentuk yang lain disamping berusaha memberikan penjelasan yang munasabah. Jangan biarkan orang kampung tertunggu-tunggu bagai menunggu bulan jatuh di riba.
Semoga dimasa akan datang kerajaan lebih aktif dan kreatif dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.