Rabu, 20 Julai 2011

Rumah Idaman

Lama tidak update blog TU kerana terlalu sibuk dan ketandusan idea...hehehehe....
Kali ini ada sedikit masa terluang kebetulan saya sedang mencari kerja sambilan yang boleh saya lakukan tanpa menganggu kerja utama saya. Fikir punya fikir akhirnya bila saya mengkaji diri sendiri dan mendapat idea dari internet dapat juga lah idea kerja sambilan...

Masa melayari internet beberapa hari yang lalu saya melihat ada banyak ruangan laman web yang menjual pelan rumah tapi harganya boleh lah tahan.... beribu ringgit juga untuk beli pelan rumah walaupun rumah hanya 2 bilik tidur. Bila fikirkan balik dengan sedikit pengalaman dan pengetahuan yang ada sebab dah terlalu lama juga kerja dalam bidang rekaan akirnya saya membuat keputusan untuk buat kerja sambilan melukis pelan dan memberi nasihat percuma untuk rekaan dalaman rumah.

Kalau ada kawan-kawan yang terbaca tulisan saya kali ini dan ingin kan khidmat saya, boleh lah hubungi saya dalam TU ini atau email saya di awoi95@yahoo.com. Jangan susah bah harga kawan-kawan punya, tolong sama tolong..hehehe... Tapi saya serius juga ba ni... Jadi, kawan-kawan yang bercadang mau buat rumah sendiri di kampung tu jangan lupa hubungi saya...

Salam Pisompuruan.
Fred S.