Jumaat, 29 Januari 2010

Banjir di Kg. Talantang.



















Awal bulan ini ketika kebanyakan rakyat Malaysia masih meraihkan tahun baru, sebahagian tempat pula telah dilanda banjir yang terlalu sering berlaku di Negara kita akhir-akhir ini.

Seperti beberapa kawasan di Semananjung Malaysia terutama Kelantan dan Terangganu, Sabah juga tidak terkecuali dari dilanda banjir. Mengakibatkan banyak harta benda musnah termasuk kawasan pertanian seperti sawah padi dan tidak kurang juga nyawa yang melayang.

Di daerah Tandek pula Kg. Talantang juga dilanda banjir yang dashyat mengakibatkan sebahagain besar sawah padi yang merupakan punca utama rezeki orang kampung telah musnah. Orang Kg. juga sering tertekan kerana setiap kali banjir mereka tidak boleh melelapkan mata. Selain harta benda, rumah juga terancam kerana banjir yang berlaku menghakis tebing sungai seterusnya membahayakan rumah dan nyawa orang Kg. yang tinggal berdekatan dengan sungai.

Setelah meneliti aduan beberapa orang kampung, banjir yang berlaku di Kg. Talantang sebenarnya merupakan limpahan air sungai disebabkan keadaan sungai yang tidak lurus. Selain dari itu, penyebab utama banjir di Kg. Talantang adalah jambatan konkrit di Wakil yang dibina beberapa tahun lalu, mudah tersumbat dengan kayu yang dihanyutkan kerana reka bentuknya yang sudah tidak bersesuaian dengan keadaan semasa.

Reka bentuk jambatan konkrit di sungai Wakil yang ada sekarang sudah tidak relevan memandangkan air sungai yang banyak menghanyutkan kayu-kayan dan dengan mudah menyumbat jambatan konkrit tersebut dan seterusnya menyebabkan air sungai melimpah.

Selain dari usaha melurus dan mendalamkan sungai, jambatan konkrit di Wakil yang ada sekarang harus di tukar dengan jambatan konkrit yang lebih tinggi seperti reka bentuk jambatan di Sungai Rakit. Reka bentuk tersebut boleh mengelakkan dari mudah tersumbat dengan kayu-kayan apabila musim hujan.

Saya difahamkan bahawa kerajaan tempatan akan menaik taraf jalan raya di Kg. namun usaha ini akan menjadi sia-sia dan merupakan pembaziran sekiranya jambatan Wakil tidak ditukar terlebih dahulu. Saya juga difahamkan bahawa wakil penduduk Kg. Talantang sudah lama memohon peruntukan dari kerajaan tempatan untuk menukar jambatan konkrit di Wakil dan banyak kali dirujuk ke pejabat daerah namun tidak mendapat perhatian.

Adalah difahami sekiranya kerajaan tempatan kekurangan peruntukan dari segi kewangan namun ada pula peruntukan untuk menurap jalan dari Kg. Ponusukan ke Kg. Ginaranan.

Apakah releven penurapan jalan raya tersebut, sedangkan Kg. Ginaranan adalah kg.Pedalaman sekiranya dibandingkan dengan Kg. Talantang? Saya bukan lah anti kepada kemajuan yang diberi oleh kerajaan terhadap Kg. Ginaranan atau Kg. sekitarnya, tatapi saya tertanya-tanya apa kah kepentingan pemimpin tertentu di Kg. tersebut mendorong kepada penurapan jalan? Sedangkan bila banjir berlaku penduduk Kg. Ginaranan juga tidak dapat pergi ke mana-mana kerana mereka perlu melalui jalan Kg. Talantang-1 dan Kg. Talantang-2 untuk pergi ke Pekan Kota Marudu ataupun Tandek.

Tidak kah pemimpin kerajaan tempatan terfikir bahawa dengan memperbaiki prasarana Kg. yang berdekatan dengan pusat ekonomi terlebih dahulu akan memudahkan semua penduduk di semua Kg termasuk penduduk Kg. Ginaranan untuk pergi ke pekan berdekatan? Kerana secantik manapun jalanraya yang ke Kg. Ginaranan sekarang tidak akan mendatangkan faedah sekiranya jalanraya yang di Kg. Talantang-1 dan Kg. Talantang-2 tidak diperbaiki termasuk jambatan yang berkaitan utnuk mengelak kan dari air sungai melimpah pada musim hujan.

Penduduk Kg. Talantang berharap agar Kerajaan tempatan dapat mengiktiharkan peruntukan untuk mengantikan jambatan konkrit di Sungai Wakil dengan reka bentuk yang sesuai untuk mengelak kan air sungai dari melimpah demi keharmonian dan kesejahteraan penduduk Kg. Talantang...