Susunan : Abansey
Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis
Efesus 6: 11
Shallom...
Damai dalam kasih Yesus Tuhan. Sekadar sebuah renungan untuk kita bersama. Saya bukanlah peminat fanatik bola sepak apa lagi Piala Dunia. Tetapi seminggu yang lepas (7-12 Jun 2010) saya bersama pelajar-pelajar tajaan Yayasan Sabah telah berkampung di Sekolah Menengah Sains Labuan untuk membantu mereka meningkatkan prestasi pelajaran. Saya sempat berkongsi kebaikan Bapa Surgawi dengan beberapa pelajar ketika renungan pagi. Apa yang terjadi adalah idea untuk menulis artikel berkenaan Piala Dunia. Fikir punya fikir, renung punya renung...saya akhirnya mendapat idea mengenai posisi para pemain bola sepak. Abaikan tentang formasi 4-4-2/4-5-1/4-1-3-2 atau 4-3-3 yang banyak digunakan dalam sesebuah pasukan. Saya mahu kongsi idea mengenai posisi setiap pemain dan maksud yang saya dapat berikan menurut ilham yang Roh Kudus berikan. Saya cuma rindu untuk berkongsi dengan anak-anak Talantang dalam setiap apa yang ada dalam diri saya.
Kali ini saya mahu kongsi tentang posisi pertahanan. Menjadi pemain pertahanan yang mantap dan kebal memerlukan latihan dan pengetahuan yang luas dalam perlawanan yang di hadapi. Ramai pemain pertahanan memerlukan kekuatan fizikal serta saiz fizikal yang mantap untuk menjadi pertahanan yang terbaik. Tetapi senjata utama yang ada pada pemain pertahanan adalah kebolehan membaca gerakan lawan dan ketahan mental. Cafu, Roberto Carlos atau Daniel Alves walaupun punya saiz badan yang berbeza tetapi mereka merupakan pertahanan hebat di dunia. Apa kaitan semua ini dengan diri kita sebagai Kristian???
Pertahanan yang ada pada kita adalah IMAN. Bagaimana mahu menjaga kedudukan pertahanan kita dengan mantap? Surat Paulus kepada jemaat Efesus menjelaskan bahawa terdapat senjata Allah yang telah tersedia untuk kita gunakan. Tapi untuk penulisan ini, saya tidak akan membincangkan secara khusus senjata iman itu tetapi saya mahu berkongsi tentang iman yang perlu di jaga. Ramai manusia terutama remaja masa kini semakin mengabaikan iman mereka. Saat mereka tidak mempunyai pekerjaan, mereka memilih untuk duduk di rumah dan menjadi pemuda/pemudi kampung yang tidak berbuat apa-apa pun. Ramai juga yang mengambil peluang untuk bekerja di Singapura, Semenanjung atau KK. Tetapi kurang yang membawa kejayaan dan ramai yang menbawa isteri atau suami yang mereka kahwin semasa bekerja. Kahwin kerana suka tapi ila kahwin, ramai pula yang porak peranda.
Sebagai anak muda atau golongan muda, selayaknya kita bertahan ketika berada di tempat orang. Memang banyak dugaan dan cabaran yang di hadapi tetapi jangan jadikan semua itu sebagai tanda menyerahkan diri kepada mereka yang tidak sepatutnya. Jangan biarkan pertahanan kita tewas dengan godaan dunia luar. Jadikankan rakan seiman sebagai rakan baik dan jadikanlah rakan seiman sebagai pendoroang iman. Jangan menjauhkan diri dari mereka. Jika mau menjadi pemain pertahanan yang kental, harus berlatih dengan orang yang hebat dalam posisi pertahanan. Begitu juga dengan kita dalam menjaga iman. Harus bersahabat dengan mereka yang mempunyai iman yang kental.
Saya tidak tujukan tulisan ini kepada kelompok agama tertentu sahaja tetapi saya tujukan ini kepada semua kita sebagai anak-anak Talantang. Secara kebetulan sahaja ilmu yang cetek ini lebih kepada Kristian maka saya mengambil contoh dari sudut pandangan Kristian. Tetapi mesej yang saya cuba sampaikan adalah pertahanakan apa yang kita ada iaitu yang baik dan elakkan sesuatu sikap yang tidak baik.
Salam rindu.
Gaban Aban.