Susunan : Abansey
Ragam manusia sememangnya berbeza di antara satu dengan yang lain. Tanpa mengira warna kulit, beza tingkat umur atau bangsa. Ketepikan soal agama secara penuh kerana ragam manusia tidak lagi dipengaruhi oleh didikan agama ketika ini. Remaja masa kini lebih memikirkan fasa kehidupan baru mereka yang semakin menginjak ke alam pra-dewasa atau lebih dikenali sebagai 'alam kematangan'.
Matangkah remaja apabila mereka bertambah usia setiap tahun??? Adakah ukuran kematangan itu di rumus melalui tolak tambah tahun lahir kita? Logik sangat kah kematangan itu di ukur dari segi tingkat pertuturan dan penggunaan bahasa? Saya pasti ramai yang tidak akan bersetuju kerana kematangan itu di ukur melalui tindakan dan kesan daripada tindakan remaja itu. Saya sempat meliarkan mata semasa menunggu masa tayangan wayang The Hunting Lover di Centre Point beberapa hari yang lalu. Terdapat tiga kumpulan manusia remaja yang berada di depan mata saya. Kumpulan pertama adalah tiga orang remaja sekolah dan bertatu di leher dan kaki. Kumpulan kedua adalah tujuh remaja sekolah yang memakai baju gelap dan rambut berwarna warni dan kumpulan ketiga adalah sepasang remaja yang sedang bercinta (konon la) dengan gaya yang romantik.
Apa bezanya ketiga-tiga kumpulan ini? Terlalu banyak perbezaan di antara mereka. Dari segi pertuturan memang sangat jauh berbeza.Tindakan mereka juga berbea dari setiap isi perbualan. Apa yang saya harapkan dari remaja Talantang adalah kenalpasti rakan anda dan elakkan daripada menjadi sedaging dengan mereka yang tidak matang dalam tindakan kerana setiap tindakan mereka yang tidak matang akan memberikan kesan yang buruk kepada diri sendiri. Ada yang gagal dalam PMR,SPM atau matrikulasi hanya kerana tindakan kumpulan remaja yang salah walaupun gembira ketika melakukan tindakan tersebut. Ada pasangan yang terpaksa kahwin 'koboi' sebab tindakan mereka yang salah. Jadi perhatikan rakan sekeliling anda dan jadilah anak muda Talantang yang mampu menjadi kebanggaan orang tua dan penduduk kampung.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang mampu bertahan untuk menepis semua tindakan yang tidak baik apabila di ajak oleh rakan. Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani menegur kesalahan yang rakan mereka dan bersama-sama mencari sesuatu yang baik. Sahabat yang baik adalah rakan yang sentiasa mendorong yang lain untuk berjaya dalam bidang yang diceburi atau berjaya dalam pelajaran. Buat muda-mudi Talantang,bangunlah dan janganlah terpedaya dengan rakan yang tergolong dalam tiga kumpulan tadi. Yakinkan diri dan kuatkan semangat untuk terus bergerak mengejar kebaikan yang ada di hadapan anda. Masa depan kita akan menjadi baik sekiranya kita memilih jalan yang baik bermula hari ini.
Salam rindu dari Gaban Abansey.