Ahad, 28 Februari 2010

ANAK TALANTANG MAMPU BERJAYA

Semakin lama saya berada di negeri orang,semakin banyak pengalaman dan ilmu yang saya perolehi.Bukan hanya ilmu akademik tetapi juga ilmu sosial masyarakat..dalam erti kata lain,bagaimana seharusnya sikap manusia itu dikatakan berbeza.Tiada seorang pun dalam dunia ini diciptakan oleh Tuhan dengan serupa.Seringkali kita dengar mengenai kembar tetapi kembar pun tidak akan pernah sama.Persamaan itu ada tetapi sama tidak mungkin.

Ramai anak-anak jati Talantang sekarang ini melanjutkan pelajaran dan mengambil kursus yang pelbagai. Jika sebelum ini sekitar tahun 70-an sehingga 90-an,orang kampung memandang sedikit serong anak-anak yang belajar di kolej swasta. Mereka hanya memandang tinggi anak-anak yang kerja kerajaan dan pastinya guru adalah pekerjaan yang paling di pandang tinggi pada ketika itu. Tetapi sekarang terlalu ramai anak-anak Talantang yang telah berjaya walaupun bukan sebagai guru atau kerja kerajaan. Sedikit sebanyak saya ingin kongsikan kejayaan beberapa anak Talantang yang perlu kita banggakan selepas ini.

Fred Surubi membesar merupakan anak muda yang sangat berjaya sehingga hari ini. Sekarang ini beliau menjadi Pengurus Projek untuk syarikat Tropical Gulf Contracting yang beroperasi di Abu Dhabi,Arab Saudi. Kisah kanak-kanak sehingga sekarang bukan sesuatu yang mudah dalam diri anak muda ini. Banyak perkara yang mampu meruntuhkan kehidupannya jika beliau tidak mampu bertahan kuat dalam setiap cabaran yang di hadapi. Saya sempat berbual dengan beliau dalam Facebook dan beliau mengatakan pernah menjadi kuli rendah di sebuah kilang di Pulau Pinang sebelum majikan memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi designer di syarikat tersebut. Bermula dari bawah sehingga sekarang ini berkhidmat untuk syarikat besar, pasti sesuatu yang perlu kita banggakan dalam diri anak muda berjiwa kental ini.

Bagaimana dengan anak-anak Muralang? Rohzan dan Redzuan merupakan insan yang sentiasa menjadi tunjang kepada ibu mereka. Ketika ini Redzuan menjadi Jurutera Mekanikal di sebuah syarikat pelatar minyak di Miri. Gaji tidak perlu disebutkan kerana memang sangat cukup makan. Beliau juga bermula dari bawah dan akhirnya menjadi jurutera untuk sebuah syarikat mega. Abang beliau juga pastinya seorang yang berjaya juga dalam kariernya. Walaupun saya belum sempat bertanya dan berhubung dengan kedua-dua tokoh muda ini tetapi saya sempat berkenalan dengan mereka semasa zaman kanak-kanak saya dulu. Saya mengenali sedikit Rohzan kerana beliau merupakan antara pemain badminton yang cukup pintar di Talantang. Beliau seorang yang kuat dan bersemangat dalam perlawanan badminton. Itu yang di panggil passion atau dalam erti mudah semangat yang membuak-buak dalam melakukan sesuatu.

Masih ramai lagi anak-anak muda Talantang yang telah berjaya membuktikan bahawa anak kampung mampu berjaya.Kalau mau seribu daya...tak mau seribu dalih. Pastinya itu antara panduan untuk mereka semua mencapai kejayaan. Kenapa anak-anak muda Talantang khususnya ketika ini lebih suka hidup ala kadar sahaja? Kenapa mereka lebih sukakan suasana kampung Talantang (yang memang aman damai) tetapi tidak berani berada di luar tempurung Talantang? Pasti ada yang memberi alasan bebanan keluarga atau tidak berpendidikan tinggi. Kalau itu alasannya,sepatutya itu juga alasan mereka untuk mencari jalan kejayaan.

Menjadi anak yang baik adalah dengan menjadi anak yang berguna kepada ibubapa, bangsa dan agama. Bukan hanya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri. Bktikan bahawa anak-anak Talantang mampu mengubah kehidupan ibubapa dan bangsa kita. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...

Salam rindu dari Aban Gaban.

Sabtu, 27 Februari 2010

"KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGGA"


Gambar yang saya paparkan diatas ni saya dapat dari blog TULUNBUNOU (saya minta maaf kepada pemilik blog tulunbunou kerna tidak minta kebenaran ambil gambar ini) gambar yang ada diatas ni adalah jalan simpang 3,menuju ke kampung Talantang 2, dari kampung Talantang 1 atau dari kg penusukan,sudah bertahun – tahun orang kampung@pengguna jalan raya menggunakan jalan ini ,dan antara penghubung jalan ini ialah jambatan kayu, dimana jabatan kerja raya (JKR) telah meletakkan beberapa kayu balak dijadikan sebagai jambatan, mereka juga telah menimbus dan meratakan jalan ini.Untuk memudahkan orang kampung@pengguna jalan raya yang lain untuk menggunakan jalan raya tersebut, Tapi pada awal tahun 2007,jambatan ini telah runtuh disebabkan banjir,menyebabkan kayu balak tersebut hanyut di bawah arus sungai . Tetapi mengikut orang kampung yang menyaksikan kejadian banjir ini,kayu balak itu tersangut pada tebing sungai dan sempat di alihkan oleh orang kampung, bagaimana caranya saya pun tidak pasti, Dan menurut orang kampung yang menyaksikan kejadian itu juga, sebenarnya kayu balak itu masih boleh digunakan semula untuk di jadikan jambatan. Setelah keaadan banjir itu sudah redha,orang kampung membuat aduan tentang jambatan itu ke JKR, kerna jambatan itu adalah laluan seharian, untuk kanak-kanak dari Talantang 2 pergi ke sekolah yang terletak di kampung Talantang 1, dan tidak ada jalan lain untuk pergi ke kampung Talantang 1, kg Gana, kg Dalamson dan Piso.kecuali mereka terpaksa pergi ke kg. Longob + kg. Mesolog + kg. Magaratung,barulah sampai ke kg Talantang 1,oleh itu mereka mengharapkan jambatan itu akan diperbaiki secepat yang mungkin, Dan selepas pihak yang berkenan mendapat aduan, pihak mereka ada memantau keadaan jambatan itu, Tapi bila mereka memeriksa kayu balak itu,mereka dapati bahawa kayu balak itu telah dipotong dengan sengaja, dan mengikut sumber2 yang di percayai kayu balak itu telah dipotong oleh seseorang yang memang di kenal pasti,dan mengikut sumber2 yang dipercayai orang itu momotong kayu tersebut untuk kepentingan sendiri, sebab itu pihak JKR tidak mahu membaiki jambatan tersebut pada ketika itu, Dan mahu menjalankan sesiatan dan mengambil tindakan pada orang yang telah memotong kayu balak itu.Dan melebelkan jambatan itu rosak bukan kerna bencana alam tetapi di rosakkan dengan sengaja.

Sejauh mana kebenaran yang di katakan oleh orang kampung ini, saya dan anda juga tidak tahu,tetapi sekiranya ia benar, Pada pendapat saya orang yang melakukan perkara tersebut harus bertanggungjawab dengan apa yang sudah dia lakukan, kerna kepentingan diri sendiri ramai orang yang mendapat susah bak kata pepatah “KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGGA” sudah 2 tahun jalan raya ini terbiar begini saja, sedangkan dulu, ini adalah salah 1 jalan utama yang digunakan oleh penduduk kampung, untuk pergi ke pekan Tandek atau pergi e pekan Kota Marudu,bukan kerna orang kampung tidak berminat untuk menggunakan jalan raya ini lagi, tapi sampai sekarang jambatan tersebut, masih belum di perbaiki lagi. Pada pihak yang berkenan, jangan ambil lengah dengan hal ini, jika anda mahu menjalankan sisatan SILA LAKUKAN, dan jika anda ingin ambil TINDAKKAN dipersilakan, tetapi tolong mengerti kesusahan yang di alami oleh pengguna jalan raya ini atau keadaan orang kampung, takkan kerna seorang semua menanggung padahnya, kenapa saya katakan sedemikian kerna selagi jambatan ini tidak diperbaiki, selagi itulah pengguna jalan raya terpaksa mengambil resiko.Memang sekarang walaupun tidak ada jambatan pun masih boleh digunakan pada mereka yang berjalan kaki,kalau ada kereta yang lalu di tempat ini pun kerna terpaksa dan dalam keadaan yang berisiko.Dan bila banjir datang lagi, jalan ini langsung tidak dapat digunakan.

Pada pihak yang berkenaan saya menulis artikal ini bukan kerna mahu menunding jari kepada sesiapa, tetapi mengharapkan supaya pihak berkenaan mengambil tindakan yang secepat mungkin, begitu juga pada orang yang telah melakukan perkara ini, pada masa akan datang berfikirlah sebelum melakukan sesuatu hal itu. Mungkin anda tidak kisah dengan jambatan ini, kerna anda tidak melalui jalan tersebut, dan tidak penting untuk anda,sama ada ia rosak atau tidak,tapi bagaimana anda rasakan sekiranya orang lain melakukan hal yang sama di jalan raya yang anda lalui setiap hari, Jadikan apa yang telah berlaku ini sebagai pengajaran.

Dan pada semua penduduk kampung Talantang, yang mungkin terbaca artikal ini, marilah kita sama-sama berkerjasama memajukan kampung kita, maksud saya bukan dari segi kewangan, tapi sebenarnya kita juga boleh membantu dari segi sikap perihatin, sekiranya kita melihat ada orang yang tidak bertanggungjawab melakukan sesuatu yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan kampung, anda bebas menyuarakan pada pihak2 yang berkenaan. Dan JKKK kampung juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam hal – hal ini.

Saya minta maaf sekiranya bahasa yang saya gunakan dalam artikal ini terlalu kasar , tapi saya tidak berniat apa2 atau ada unsur negetif,niat saya cuma mahu, kampung kita, aman damai dan sejathera. Bebas dari pengaruh yang negatif. Pada pihak yang berkenaan timbang rasa dan tindakan cepat anda ,sebagai wakil pengguna jalan raya mengucapkan ribuan TERIMA KASIH.

Talantang Village - Emma


Rabu, 10 Februari 2010

Apa Dah Jadi

Pagi ini saya berkesempatan bersembang dengan seorang kawan di laman sembang Facebook. Kami adalah kawan sekampung malah mempunyai tali persaudaraan.

Pada permulaan-nya kami hanya bertanyakan khabar diri masing-masing, maklum lah kan kami jarang-jarang berjumpa, saya di semenanjung dia pula di Pulau Banggi kerana tugas. Setalah memulai dengan bertanyakan khabar masing-masing kami mulai bercerita tentang keadaan kampung halaman kami yang dicintai, Kampung Talantang. Si kawan ini yang banyak bercerita sebab dia lebih kerap balik kampung dari saya.

Dalam banyak-banyak cerita tentang perkembangan kampung, pasal banjir dan kerosakan yang dialami, ada satu cerita yang sangat menyedihkan berlaku dan dialami kebanyakan penduduk Kampung Talantang.

Kejadian banjir awal tahun lalu menyebabkan sebahagian besar sawah padi yang diusahakan oleh penduduk Kampung Talantang tertimbus dengan pasir. Pemimpin-pemimpin kerajaan tempatan yang disayangi juga telah turun padang untuk melihat sendiri keadaan kerosakan teruk yang dialami. Penduduk Kampung Talantang sangat menghargai keperihatinan para pemimpin kerajaan tempatan kerana selain dari turun padang mereka juga telah berjanji akan menghulurkan bantuan dengan menolong membajak atau meratakan sawah padi yang tertimbus melalui Jabatan Pertanian Daerah.

Apa yang menyedihkan ialah pertolongan kerajaan yang telah dijanjikan mengambil masa setahun untuk dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Ini menyababkan orang-orang kampung terpaksa melupakan hasrat untuk bersawah padi selama dua musim. Pendapatan mereka juga terjejas, memikirkan hal ini saya sangat merasa sedih dan kesihan khususnya orang kampung yang sangat bergantung kepada hasil padi untuk meneruskan kesinambungan hidup mereka.....

Dalam hal ini kerajaan sepatutnya bertindak lebih aktif dan extrem dalam melaksanakan bantuan yang perlu untuk orang kampung, dan kalau kelewatan ini memang tidak dapat dielakkan, kerajaan perlu memikirkan bantuan alternatif dalam bentuk yang lain disamping berusaha memberikan penjelasan yang munasabah. Jangan biarkan orang kampung tertunggu-tunggu bagai menunggu bulan jatuh di riba.

Semoga dimasa akan datang kerajaan lebih aktif dan kreatif dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Rabu, 3 Februari 2010

Minda Creatif dan Inovatif

Baru-baru ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah kepimpinan Dato Sri Dr. Maximus Ongkili telah menganjurkan pameran sains, teknologi dan inovasi peringkat Sabah di Kota Marudu.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat terutama Ahli Jawatankuasa Penganjur termasuk Kerajaan Tempatan kerana menurut apa yang saya lihat, dengar dan baca melalui media masa, penganjuran pameran tersebut telah berjaya. Saya merasa bangga kerana Kota Marudu kini boleh dikatakan menjadi tumpuan dan diharap agar program seperti itu akan terus diadakan di Kota Marudu khasnya untuk mendedahkan anak-anak muda atau belia kepada kemajuan teknologi. Harapan saya supaya anak-anak muda dari Talantang mengambil setiap peluang yang ada untuk belajar lebih dalam lagi tentang sains,teknologi dan inovasi demi untuk kebaikan bersama. Disamping itu lewat program mega yang dianjurkan di Kota Marudu boleh menarik orang-orang kenamaan yang datang termasuk pemimpin-pemimpin kerajaan di peringkat negeri mahupun peringkat negara.

Bila pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan negara datang ke Kota Marudu, sekurang-kurangnya mereka boleh melihat sendiri bagaimana keadaan infrastruktur yang ada khususnya keadaan jalanraya dari Kota Belud ke Kota Marudu. Bagi saya keadaan jalanraya yang masih sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan jalanraya di Semananjung keseluruhan-nya. Kita faham dengan bajet yang kecil sememangnya kita tidak boleh mengharapkan keadaan jalan yang sama dengan apa yang dinikmati oleh penduduk Semananjung Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya beberapa kawasan jalan terutamanya di sepanjang jalan dari Kota Belud ke Kota Marudu yang sangat teruk harus lah diperbaiki.

Keadaan jalan di beberapa kawasan yang ada sekarang sangat merbahaya kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan yang mungkin meragut nyawa pengguna jalan tersebut.

Beberapa tahun kebelakangan ini saya melihat memang ada usaha untuk memperbaiki jalan yang rosak dengan teruk tetapi bagi saya ia diperbaiki dengan ala kadar sahaja bagai melepaskan batuk di tangga kerana setiap kali saya balik dan melalui jalan tersebut ianya masih dalam keadaan yang sama, sangat MERBAHAYA. Saya pun tidak tahu dimana silapnya, adakah kerajaan tempatan memilih kontraktor yang salah? atau adakah kerajaan tempatan tidak ambil peduli dengan apa yang kontraktor jalan tersebut buat? Sekiranya kerajaan tempatan perihatin tentang ini terutamanya keselamatan pengguna jalan tersebut sudah pasti keadaan ini tidak akan berlanjutan sehingga bertahun-tahun. Jadi dimana silapnya? Kerajaan tempatan kah atau kontraktornya?

Semua usaha pihak kerajaan dalam memperkasakan kemajuan Sains, Teknologi dan Inovasi amatlah dihargai namun bagi saya ianya agak sukar dicapai sekiranya kerajaan tidak serius untuk membaiki keadaan infrastruktur khususnya kemudahan asas seperti jalanraya dan sebaginya terlebih dahulu.