Sabtu, 27 Februari 2010

"KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGGA"


Gambar yang saya paparkan diatas ni saya dapat dari blog TULUNBUNOU (saya minta maaf kepada pemilik blog tulunbunou kerna tidak minta kebenaran ambil gambar ini) gambar yang ada diatas ni adalah jalan simpang 3,menuju ke kampung Talantang 2, dari kampung Talantang 1 atau dari kg penusukan,sudah bertahun – tahun orang kampung@pengguna jalan raya menggunakan jalan ini ,dan antara penghubung jalan ini ialah jambatan kayu, dimana jabatan kerja raya (JKR) telah meletakkan beberapa kayu balak dijadikan sebagai jambatan, mereka juga telah menimbus dan meratakan jalan ini.Untuk memudahkan orang kampung@pengguna jalan raya yang lain untuk menggunakan jalan raya tersebut, Tapi pada awal tahun 2007,jambatan ini telah runtuh disebabkan banjir,menyebabkan kayu balak tersebut hanyut di bawah arus sungai . Tetapi mengikut orang kampung yang menyaksikan kejadian banjir ini,kayu balak itu tersangut pada tebing sungai dan sempat di alihkan oleh orang kampung, bagaimana caranya saya pun tidak pasti, Dan menurut orang kampung yang menyaksikan kejadian itu juga, sebenarnya kayu balak itu masih boleh digunakan semula untuk di jadikan jambatan. Setelah keaadan banjir itu sudah redha,orang kampung membuat aduan tentang jambatan itu ke JKR, kerna jambatan itu adalah laluan seharian, untuk kanak-kanak dari Talantang 2 pergi ke sekolah yang terletak di kampung Talantang 1, dan tidak ada jalan lain untuk pergi ke kampung Talantang 1, kg Gana, kg Dalamson dan Piso.kecuali mereka terpaksa pergi ke kg. Longob + kg. Mesolog + kg. Magaratung,barulah sampai ke kg Talantang 1,oleh itu mereka mengharapkan jambatan itu akan diperbaiki secepat yang mungkin, Dan selepas pihak yang berkenan mendapat aduan, pihak mereka ada memantau keadaan jambatan itu, Tapi bila mereka memeriksa kayu balak itu,mereka dapati bahawa kayu balak itu telah dipotong dengan sengaja, dan mengikut sumber2 yang di percayai kayu balak itu telah dipotong oleh seseorang yang memang di kenal pasti,dan mengikut sumber2 yang dipercayai orang itu momotong kayu tersebut untuk kepentingan sendiri, sebab itu pihak JKR tidak mahu membaiki jambatan tersebut pada ketika itu, Dan mahu menjalankan sesiatan dan mengambil tindakan pada orang yang telah memotong kayu balak itu.Dan melebelkan jambatan itu rosak bukan kerna bencana alam tetapi di rosakkan dengan sengaja.

Sejauh mana kebenaran yang di katakan oleh orang kampung ini, saya dan anda juga tidak tahu,tetapi sekiranya ia benar, Pada pendapat saya orang yang melakukan perkara tersebut harus bertanggungjawab dengan apa yang sudah dia lakukan, kerna kepentingan diri sendiri ramai orang yang mendapat susah bak kata pepatah “KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGGA” sudah 2 tahun jalan raya ini terbiar begini saja, sedangkan dulu, ini adalah salah 1 jalan utama yang digunakan oleh penduduk kampung, untuk pergi ke pekan Tandek atau pergi e pekan Kota Marudu,bukan kerna orang kampung tidak berminat untuk menggunakan jalan raya ini lagi, tapi sampai sekarang jambatan tersebut, masih belum di perbaiki lagi. Pada pihak yang berkenan, jangan ambil lengah dengan hal ini, jika anda mahu menjalankan sisatan SILA LAKUKAN, dan jika anda ingin ambil TINDAKKAN dipersilakan, tetapi tolong mengerti kesusahan yang di alami oleh pengguna jalan raya ini atau keadaan orang kampung, takkan kerna seorang semua menanggung padahnya, kenapa saya katakan sedemikian kerna selagi jambatan ini tidak diperbaiki, selagi itulah pengguna jalan raya terpaksa mengambil resiko.Memang sekarang walaupun tidak ada jambatan pun masih boleh digunakan pada mereka yang berjalan kaki,kalau ada kereta yang lalu di tempat ini pun kerna terpaksa dan dalam keadaan yang berisiko.Dan bila banjir datang lagi, jalan ini langsung tidak dapat digunakan.

Pada pihak yang berkenaan saya menulis artikal ini bukan kerna mahu menunding jari kepada sesiapa, tetapi mengharapkan supaya pihak berkenaan mengambil tindakan yang secepat mungkin, begitu juga pada orang yang telah melakukan perkara ini, pada masa akan datang berfikirlah sebelum melakukan sesuatu hal itu. Mungkin anda tidak kisah dengan jambatan ini, kerna anda tidak melalui jalan tersebut, dan tidak penting untuk anda,sama ada ia rosak atau tidak,tapi bagaimana anda rasakan sekiranya orang lain melakukan hal yang sama di jalan raya yang anda lalui setiap hari, Jadikan apa yang telah berlaku ini sebagai pengajaran.

Dan pada semua penduduk kampung Talantang, yang mungkin terbaca artikal ini, marilah kita sama-sama berkerjasama memajukan kampung kita, maksud saya bukan dari segi kewangan, tapi sebenarnya kita juga boleh membantu dari segi sikap perihatin, sekiranya kita melihat ada orang yang tidak bertanggungjawab melakukan sesuatu yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan kampung, anda bebas menyuarakan pada pihak2 yang berkenaan. Dan JKKK kampung juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam hal – hal ini.

Saya minta maaf sekiranya bahasa yang saya gunakan dalam artikal ini terlalu kasar , tapi saya tidak berniat apa2 atau ada unsur negetif,niat saya cuma mahu, kampung kita, aman damai dan sejathera. Bebas dari pengaruh yang negatif. Pada pihak yang berkenaan timbang rasa dan tindakan cepat anda ,sebagai wakil pengguna jalan raya mengucapkan ribuan TERIMA KASIH.

Talantang Village - Emma


5 ulasan:

Ngingi Lone berkata...

selain bidalan "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" perumpamaan "sudah jatuh ditimpa tukad" jg sesuai utk dijadikan nama timang-timangan kepada penduduk kg2 yg malang ini.

sekali lagi terbukit bahawa tamak dan haloba merupakan penyakit semula jadi manusia yg boleh merancatkan akal jika tidak dikawal dgn nilai2 kemanusiaan.

saya tidak akan berkabung kalau sekiranya saya dikhabarkan bahawa si pelaku ini telah hanyut dan lemas dgn air ludah penduduk kg. kerana apa yg telah dilakukannya merupakan satu pengkhianatan dan khianat tidak perlu diberi ruang utk mengkucar kacirkan keharmonian dan keselesaan kg.

kepada pihak2 berwajib khusus nya JKR, kami memohon jasa baik tuan2 utk memperlahankan masa seketika utk membuka mata dan singakan telinga, utk mendengar keluhan dan melihat sendiri beban kesengsaraan yg dipikul oleh seluruh warga kg2 yg terlibat kerana pendekatan tuan2 yg boleh diibaratkan kerana nyamuk seekor kelambu dibakar.

kepada wakil rakyat kami, kami faham bahawa kerja YBs sebagai wakil rakyat adalah bertimbun sampai ke ubun2. oleh itu kami sangat menghargai jika sekiranya YBs yg selama ini kami tatang dapat memperuntukkan sedikit masa utk membantu kami mencari jalan keluar dari masalah ini.keprihatinan YBs itu nanti sudah tentu akan menjadi bunga2 indah di sepanjang perjalan kita menuju ke pilihan raya umum yg bakal diadakan hanya beberapa tahun saja lagi.
terimah kasih...

fred berkata...

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kpd Emma kerana sudi mengkongsikan pandangan-nya tentang jambatan usang yg telah disebotaj olh org kg. sendiri.

Secara peribadi saya sgt sedih bila mengetahui bhw masih ada dikalangan org kg. yg sanggup melakukan perkara tersebut hanya utk kepentingan diri sendiri. Sebenarnya saya pun ada melelui jln tersebut bulan nov. tahun lepas dan masa tu memang kayu balak yg dijadikan jambatan selama ini sdh tiada. Tapi saya fikir jambatan tersebut telah hanyut oleh banjir, cuma baru kali ini saya tahu, rupa-rupanya ia tlh dipotong olh org yg tdk bertanggung jawab.

Sedih, sangat menyedihkan dlm zaman moden ini pun masih ada org yg seperti itu. Saya fikir kerajaan memang tdk dpt berbuat apa-apa selagi tidak ada org yg sanggup membuat repot perkara ini ke pengetahuan polis.

Kita sebagai penduduk kg. perlu memberanikan diri untuk membuat aduan kpd polis sekiranya melihat perkara yg tidak baik seperti ini berlaku, barulah pihak kerajaan blh membuat tindakan. Dlm hal ini Ahli Jawatan Kuasa kg. seharusnya bertindak tanpa merasa takut demi kepentingan umum, siapa pun org tersebut, apa pun bidang kuasanya, kaya atau miskin buat aduan kpd polis dan JKR kerana klu tdk, org tersebut tdk akan sedar dan pasti akan lebih berani melakukan banyak hal yg merugikan umum di masa akan dtg.

Saya harap pihak berkuasa yg berkenaan (JKR) jga cepat2 lah bertindak kerana jambatan tersebut sgt2 diperlukan utk perhubungan kg2yg berdekatan.

Saya kdg2 terfikir, apa kah hanya bila pilihan raya menjelang tiba Yb2 kita baru mula bergerak masuk kg. dgn membawa janji2 manis yg tdk terkira...? Selepas tu, kemana mereka pergi... kita pun tdk tahu..

ajit berkata...

Sebenarnya saya tahu sangat peristiwa jambatan runtuh di sg noruju tu.jambatan itu runtuh bukan disebabkan oleh perbuatan seseorang tapi memang dihanyutkan oleh banjir.sebahagian daripada kayu balak tersebut hanyut,dengan itu adalah ni c kawan pergi sinsow atau memotong kayu yang telah dihanyutkan oleh banjir tersebut.maklumlah harga kayu sekarangni mahal, datanglah seorang kawan mahu menuntut kayu tersebut kerana dirasakanya dia yang lebih berhak,dari itu terjadilah satu perang iraq n amerika,last2 c kawan satu ni pi buat report d balai polis dan jkr bahawa jambatan itu runtuh disbabkan oleh perbuatan c kawan.itulah cerita sebenar dalam kes ni.saya selaku pengguna jalan tersebut kecewa dengan pihak berwajib kerana hampir dua tahun kejadian itu terjadi belum ada tindakan di ambil sampailah sekarang,kalau iapun kerajaan tiada peruntukan membena jambatan baru sekurang kurangnya kerajaan ada alternatif untuk kenderaan melaluinya dengan mudah,ni tidak,sedangkan kereta PWD pun payah2 melalui jalan bawah yang disediahkan,ni kan pula kenderaan keci2.`

ariuo berkata...

jalan tersebut sedang dalam pembaikan sekarang...nta bila siap..

Tanpa Nama berkata...

tahniah!akhirnya tuhan mendengar doa kita, wlaupun pihak yg berkenan tidak membaca artikal ini...syukur!!!!