Selasa, 15 Jun 2010

PIALA DUNIA-PERTAHANAN TERBAIK (Jose & Joniso)

Susunan : Abansey

Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis
Efesus 6: 11

Shallom...
Damai dalam kasih Yesus Tuhan. Sekadar sebuah renungan untuk kita bersama. Saya bukanlah peminat fanatik bola sepak apa lagi Piala Dunia. Tetapi seminggu yang lepas (7-12 Jun 2010) saya bersama pelajar-pelajar tajaan Yayasan Sabah telah berkampung di Sekolah Menengah Sains Labuan untuk membantu mereka meningkatkan prestasi pelajaran. Saya sempat berkongsi kebaikan Bapa Surgawi dengan beberapa pelajar ketika renungan pagi. Apa yang terjadi adalah idea untuk menulis artikel berkenaan Piala Dunia. Fikir punya fikir, renung punya renung...saya akhirnya mendapat idea mengenai posisi para pemain bola sepak. Abaikan tentang formasi 4-4-2/4-5-1/4-1-3-2 atau 4-3-3 yang banyak digunakan dalam sesebuah pasukan. Saya mahu kongsi idea mengenai posisi setiap pemain dan maksud yang saya dapat berikan menurut ilham yang Roh Kudus berikan. Saya cuma rindu untuk berkongsi dengan anak-anak Talantang dalam setiap apa yang ada dalam diri saya.

Kali ini saya mahu kongsi tentang posisi pertahanan. Menjadi pemain pertahanan yang mantap dan kebal memerlukan latihan dan pengetahuan yang luas dalam perlawanan yang di hadapi. Ramai pemain pertahanan memerlukan kekuatan fizikal serta saiz fizikal yang mantap untuk menjadi pertahanan yang terbaik. Tetapi senjata utama yang ada pada pemain pertahanan adalah kebolehan membaca gerakan lawan dan ketahan mental. Cafu, Roberto Carlos atau Daniel Alves walaupun punya saiz badan yang berbeza tetapi mereka merupakan pertahanan hebat di dunia. Apa kaitan semua ini dengan diri kita sebagai Kristian???

Pertahanan yang ada pada kita adalah IMAN. Bagaimana mahu menjaga kedudukan pertahanan kita dengan mantap? Surat Paulus kepada jemaat Efesus menjelaskan bahawa terdapat senjata Allah yang telah tersedia untuk kita gunakan. Tapi untuk penulisan ini, saya tidak akan membincangkan secara khusus senjata iman itu tetapi saya mahu berkongsi tentang iman yang perlu di jaga. Ramai manusia terutama remaja masa kini semakin mengabaikan iman mereka. Saat mereka tidak mempunyai pekerjaan, mereka memilih untuk duduk di rumah dan menjadi pemuda/pemudi kampung yang tidak berbuat apa-apa pun. Ramai juga yang mengambil peluang untuk bekerja di Singapura, Semenanjung atau KK. Tetapi kurang yang membawa kejayaan dan ramai yang menbawa isteri atau suami yang mereka kahwin semasa bekerja. Kahwin kerana suka tapi ila kahwin, ramai pula yang porak peranda.

Sebagai anak muda atau golongan muda, selayaknya kita bertahan ketika berada di tempat orang. Memang banyak dugaan dan cabaran yang di hadapi tetapi jangan jadikan semua itu sebagai tanda menyerahkan diri kepada mereka yang tidak sepatutnya. Jangan biarkan pertahanan kita tewas dengan godaan dunia luar. Jadikankan rakan seiman sebagai rakan baik dan jadikanlah rakan seiman sebagai pendoroang iman. Jangan menjauhkan diri dari mereka. Jika mau menjadi pemain pertahanan yang kental, harus berlatih dengan orang yang hebat dalam posisi pertahanan. Begitu juga dengan kita dalam menjaga iman. Harus bersahabat dengan mereka yang mempunyai iman yang kental.

Saya tidak tujukan tulisan ini kepada kelompok agama tertentu sahaja tetapi saya tujukan ini kepada semua kita sebagai anak-anak Talantang. Secara kebetulan sahaja ilmu yang cetek ini lebih kepada Kristian maka saya mengambil contoh dari sudut pandangan Kristian. Tetapi mesej yang saya cuba sampaikan adalah pertahanakan apa yang kita ada iaitu yang baik dan elakkan sesuatu sikap yang tidak baik.

Salam rindu.
Gaban Aban.

Sabtu, 12 Jun 2010

SEKADAR RENUNGAN 2

Kopiwasian kumaa tompinai ngawi..

Kali ini saya ingin berkongsi cerita benar yang terjadi pada zaman kegemilangan pemerintahan Rom.

Pada zaman Yudea berada di bawah kekuasaan Rom, adalah perkara biasa bagi seorang prajurit Rom untuk menangkap pemuda yang ditemuinya dalam perjalanan dari kota ke kota. Tujuan pemuda ini ditangkap biasanya untuk dijadikan pembawa barang-barangnya kerana prajurit perlu menyimpan tenaga untuk pertempuran. Namun demikian, Kerajaan Rom hanya memperbolehkan prajuritnya memaksa pemuda ini berjalan mengangkat barangnya sepanjang 1 mil (1 batu). Setelah jarak ini, pemuda itu harus dibebaskan dan prajurit ini akan mengangkat barangnya sendiri sampai menemukan pemuda lainnya yang boleh dipergunakannya. Adalah lazim bagi seorang pemuda mengukur jarak perjalanan 1 mil dari rumahnya dan menandakan hujung jarak itu bagi mengetahui jarak yang perlu ditempuhinya, kalau-kalau ada prajurit Rom yang menyuruh dia berbuat demikian.

Jadi perjalanan 1 mil ini adalah paksaan, atau kewajiban, suatu yang dituntut, sepertimana prajurit itu menuntut seorang membawa barang sejauh 1 mil. Tetapi tidak ada paksaan dan tuntutan kalau pemuda ini meneruskan sehingga mil yang kedua. Jadi prajurit ini tidak ada hak menuntut. Saya terbayangkan perjalanan pertama penuh dengan teriakan "cepat! cepat!.." dari prajurit itu.. dan mungkin juga disertai dengan sebatan dan sepakan. Tetapi perjalanan di mil yang kedua? pastinya prajurit ini terdiam dan tertanya2 kenapa pemuda ini masih sanggup meneruskan.. Bila prajurit ini bertanya kenapa... inilah masa yang sesuai bersaksi tentang kehidupan kita dan menjadi tauladan yang baik. Dan pastinya prajurit ini lebih sudi mendengarkan penjelasan pemuda ini pada mil yang kedua, berbanding kalau pemuda tadi cuba memberi penjelasan semasa perjalanan di mil yang pertama.

Dalam kehidupan harian, mil pertama boleh disifatkan sebagai waktu kerja kita, deadline, pelayanan atau apa sahaja "seperti yang dituntut". Semua orang boleh melakukan hal itu. Tapi kalau kita mahu maju dalam apa pun bidang yang kita ceburi kita harus berbeza dengan melakukan mil yang kedua, dan perjalanan di mil yang kedua biasanya akan membawa hal-hal yang luarbiasa. Di mil yang pertama, biasanya "kita mendengarkan orang" arahan-arahanya, marah-marahnya, kutukan dan sebagainya.. tetapi di mil yang kedua, orang akan mendengar dari kita... Bagaimana kita berjaya dan bagaimana cerita kehidupan kita.

Seruan saya kepada warga TU dan anak-anak Talantang khususnya mari kita sama-sama belajar untuk memiliki kerendahan hati dalam mengejar cita-cita kita, baik dalam kerjaya, pendidikan atau hal-hal yang berkaitan dengan kekeluargaan. Mari kita sama-sama belajar melakukan lebih dari yang sepatutnya..maksudnya bukan hanya 1 mil tapi 2 mil bahkan lebih...

Tiada apa-apa yang istimewa terjadi dalam hidup dan kerjaya kita? Mungkin kita masih di mil pertama..Renung-renungkan.

Salam pisompuruan....