Blog ini wujud atas dasar keperihatinan terhadap nasib suku kaum Talantang. Harapan saya agar blog ini dapat merangsang anak-anak Talantang khususnya dan siapa sahaja yang berminat untuk meluahkan pandangan tentang isu-isu semasa, terutama yang berkaitan dengan suku kaum Talantang tanpa menyentuh sensetiviti kaum dan agama. Jika ada diantara anda yang mahu menyumbang dari segi pendapat dalam laman ini anda di alu-alukan dengan menghubungi saya di awoi95@yahoo.com terlebih dahulu.
Jumaat, 29 Januari 2010
Banjir di Kg. Talantang.
Awal bulan ini ketika kebanyakan rakyat Malaysia masih meraihkan tahun baru, sebahagian tempat pula telah dilanda banjir yang terlalu sering berlaku di Negara kita akhir-akhir ini.
Seperti beberapa kawasan di Semananjung Malaysia terutama Kelantan dan Terangganu, Sabah juga tidak terkecuali dari dilanda banjir. Mengakibatkan banyak harta benda musnah termasuk kawasan pertanian seperti sawah padi dan tidak kurang juga nyawa yang melayang.
Di daerah Tandek pula Kg. Talantang juga dilanda banjir yang dashyat mengakibatkan sebahagain besar sawah padi yang merupakan punca utama rezeki orang kampung telah musnah. Orang Kg. juga sering tertekan kerana setiap kali banjir mereka tidak boleh melelapkan mata. Selain harta benda, rumah juga terancam kerana banjir yang berlaku menghakis tebing sungai seterusnya membahayakan rumah dan nyawa orang Kg. yang tinggal berdekatan dengan sungai.
Setelah meneliti aduan beberapa orang kampung, banjir yang berlaku di Kg. Talantang sebenarnya merupakan limpahan air sungai disebabkan keadaan sungai yang tidak lurus. Selain dari itu, penyebab utama banjir di Kg. Talantang adalah jambatan konkrit di Wakil yang dibina beberapa tahun lalu, mudah tersumbat dengan kayu yang dihanyutkan kerana reka bentuknya yang sudah tidak bersesuaian dengan keadaan semasa.
Reka bentuk jambatan konkrit di sungai Wakil yang ada sekarang sudah tidak relevan memandangkan air sungai yang banyak menghanyutkan kayu-kayan dan dengan mudah menyumbat jambatan konkrit tersebut dan seterusnya menyebabkan air sungai melimpah.
Selain dari usaha melurus dan mendalamkan sungai, jambatan konkrit di Wakil yang ada sekarang harus di tukar dengan jambatan konkrit yang lebih tinggi seperti reka bentuk jambatan di Sungai Rakit. Reka bentuk tersebut boleh mengelakkan dari mudah tersumbat dengan kayu-kayan apabila musim hujan.
Saya difahamkan bahawa kerajaan tempatan akan menaik taraf jalan raya di Kg. namun usaha ini akan menjadi sia-sia dan merupakan pembaziran sekiranya jambatan Wakil tidak ditukar terlebih dahulu. Saya juga difahamkan bahawa wakil penduduk Kg. Talantang sudah lama memohon peruntukan dari kerajaan tempatan untuk menukar jambatan konkrit di Wakil dan banyak kali dirujuk ke pejabat daerah namun tidak mendapat perhatian.
Adalah difahami sekiranya kerajaan tempatan kekurangan peruntukan dari segi kewangan namun ada pula peruntukan untuk menurap jalan dari Kg. Ponusukan ke Kg. Ginaranan.
Apakah releven penurapan jalan raya tersebut, sedangkan Kg. Ginaranan adalah kg.Pedalaman sekiranya dibandingkan dengan Kg. Talantang? Saya bukan lah anti kepada kemajuan yang diberi oleh kerajaan terhadap Kg. Ginaranan atau Kg. sekitarnya, tatapi saya tertanya-tanya apa kah kepentingan pemimpin tertentu di Kg. tersebut mendorong kepada penurapan jalan? Sedangkan bila banjir berlaku penduduk Kg. Ginaranan juga tidak dapat pergi ke mana-mana kerana mereka perlu melalui jalan Kg. Talantang-1 dan Kg. Talantang-2 untuk pergi ke Pekan Kota Marudu ataupun Tandek.
Tidak kah pemimpin kerajaan tempatan terfikir bahawa dengan memperbaiki prasarana Kg. yang berdekatan dengan pusat ekonomi terlebih dahulu akan memudahkan semua penduduk di semua Kg termasuk penduduk Kg. Ginaranan untuk pergi ke pekan berdekatan? Kerana secantik manapun jalanraya yang ke Kg. Ginaranan sekarang tidak akan mendatangkan faedah sekiranya jalanraya yang di Kg. Talantang-1 dan Kg. Talantang-2 tidak diperbaiki termasuk jambatan yang berkaitan utnuk mengelak kan dari air sungai melimpah pada musim hujan.
Penduduk Kg. Talantang berharap agar Kerajaan tempatan dapat mengiktiharkan peruntukan untuk mengantikan jambatan konkrit di Sungai Wakil dengan reka bentuk yang sesuai untuk mengelak kan air sungai dari melimpah demi keharmonian dan kesejahteraan penduduk Kg. Talantang...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Tompinai kou ngawi, isai-isai e waro gambar di botung e nongo raag silod kampung tokou..pokirimon no om kosuang ku siti blog.
emm...alaid no toboh tulun kg mokitukar d jmbtn ri nga aiso po soguli mantad peritah dati..au osianan tulun daton rumikot no lijud..aiya.......
Iri nogi ka torongou ku... nga momoduli mori ngawi lo tongo YB lo orikot pilihan raya...
Mari kita sama-sama terus berusaha utk mendesak kerajaan tempatan supaya jambatan konkrit di wakil ditukar...
Bukanny menunding jari kepada siapa2 tapi,permohonan utk prasarana di kampung kita tu sy dengar2 telah pun di ajukan kepada pihak berwajib dari era pemerintahan PBS lagi..tp karenah politik masa tu dan selepas berlakunya sistem penggiliran kuasa ketua menteri menjadikan ,bagi saya..masa utk cari untung peribadi dari golongan tertentu sahaja tanpa mengambil kira keperluan sebenar rakyat..
di tambah lagi pada masa kini ada desas-desus mengatakan kepimpinan JKK di kampung talantang tidak cukup telus..tapi saya harap cerita ni cuma khabar angin saja la..tp kalau betul..sudah masanya kita semua mencadang & mengundi utk seseorang yang lebih berkaliber
dan betul2 mau melihat perubahan di kg.Talantang
Uiell76, kalau lah benar yang JKKK Talantang sendiri tidak telus, maka kita sebagai anak-anak Talantang yang mengerti harus memberi penerangan kepada penduduk Kg, Talantang supaya tidak menyokong siapa-siapa yang hanya mementingkan diri sendiri walau pun dia ialah saudara kita sendiri.
Kita mahukan seorang pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab dan mengutamakan keselesaan, keharmonian dan yang lebih penting keselamatan semua penduduk tanpa mengira kepercayaan.
Sudah tiba masanya kita sebagai penduduk Kg. Talantang untuk bersatu tanpa mengira status sosial supaya kita tidak diperkotak-katik kan lagi oleh siapa-siapa pun....
OHHHH....nmpknya pringkat kg jg tida mhu ktinggalan utk melakukan kerja2 y tidak baik,hnya kerana beberapa ringgit sahaja,kerja2 y spatutnya dibuat dgn baik...oya saya ingin semua penduduk sabah tahu apa itu perkara 20??...adakah saudara2 talantang tahu apa itu perkara 20???..ia merupakan harta sabah y paling berharga...namun sdikit y mgetahuinya kerana ia di sembunyikan o kerajaan persekutuan dri pgetahuan rakyat sabah tutamanya genarasi muda ini...klw rajin tu cari2lah apa tu perkara 20...
Catat Ulasan