Khamis, 28 Januari 2010

Asal-usul Orang Talantang

Bila terkenang kembali zaman kanak-kanak saya di kampung kelahiran saya yang diberi nama Kampung Talantang, sebuah kampung yang terletak di utara Sabah dalam Daerah Tandek.
Saya tergerak untuk menulis di ruangan ini supaya suku kaum Talantang tidak akan pupus begitu sahaja tanpa diketahui asal-usulnya atau dari mana datangnya.

Sebenarnya saya sendiri masih tertanya-tanya dari mana datangnya orang-orang Talantang yang ada di Daerah Tandek ini?. Saya pernah ajukan pertanyaan ini dengan datuk dan nenek saya suatu ketika dahulu dan jawapan mereka ialah orang-orang Talantang yang bermastautin di Daerah Tandek adalah datang dari Ulu Sugud Malinsau di Daerah Ranau.

Menurut kedua datuk dan nenek saya, cuma sebilangan kecil sahaja orang Talantang yang berhijrah ke Daerah Tandek dari Ulu Sugud Malinsau, dan penghijraan tersebut berlaku berabad-abad tahun yang lalu sebelum penjajahan Pihak British bermula di Sabah.

Pada tahun 1992 dan 1993 saya berkesempatan melanjutkan pelajaran di SMK Mat Salleh Ranau. Daerah yang diceritakan oleh datuk dan nenek saya sebagi asal-usul suku kaum Talantang. Secara kebetulan, satu hari saya terdengar beberapa orang yang sedang berbicara sesama sendiri dalam bahasa dan loghat Talantang di pekan Ranau, namun pada masa itu saya tidak ada keberanian untuk bertegur sapa dengan mereka. Saya sempat berfikir mungkin betul apa yang datuk dan nenek saya ceritakan mengenai asal-usul suku kaum Talantang.

Apa yang saya ingin utarakan di sini ialah kalau benar wujudnya suku kaum Talantang ini yang majoritinya di Ulu Sugud Malinsau, saya harap ada usaha dari pihak yang berkenaan terutamanya Kerajaan untuk mewujudkan program khusus untuk suku kaum Talantang di Sabah supaya mendapat pengiktrafan yang sepatutnya dan seterusnya dapat mengumpulkan kembali semua orang yang berketurunan Talantang.

Seperti yang saya katakan di awal-awal tulisan ini bahawa semua ini saya cuma ketahui menerusi cerita nenek dan datuk saya, dan saya sendiri belum pernah ke Ulu Sugud Malinsau dan masih berharap supaya dapat berkenalan dengan saudara sekaum disana suatau hari nanti.

Saya risau kalau-kalau bahasa dan loghat Talantang akan hilang ditelan zaman sebab suku kaum Talantang asli yang ada di Daerah Tandek sudah semakin pupus aklibat perkahwinan campur dengan suku lain. Orang yang masih manggunakan bahasa dan loghat Talantang juga semakin berkurangan. Oleh itu adalah wajar sekiranya ada program khusus diadakan untuk tujuan perkumpulan atau pititimungan dalam bahasa dusun Talantang, supaya suku kaum Talantang dapat dipelihara dari segi warisan seni kebudayaan dan keturunan.

Saya juga merayu jika ada saudara atau saudari suku kaum Talantang yang dari Ulu Sugud Malinsau yang secara kebetualan atau sengaja membaca tulisan dalam ruangan ini, supaya sama-sama berfikir dan berusaha untuk mencari asal-usul, sejarah dan menulis dalam ruangan komen disini demi kesinambungan keturunan suku kaum Talantang.

Akhir sekali saya memohan maaf sekiranya ada fakta yang saya tulis dalam ruangan ini yang tidak tepat dan diharap agar orang-orang dari keturunan suku kaum Talantang di mana sahaja dapat sama-sama membetulkan atau menambah fakta dalam ruangan ini.

Semoga melalui ruanagan ini merupakan titik kepada permulaan kepada kesatuan suku kaum Talantang seluruh Sabah.

46 ulasan:

Unknown berkata...

Thanks for sharing ! Adalah penting untuk mengenal pasti individu2 dari suku Talantang yang hanya "mono-lingual". Ini akan memudahkan pencarian "point of origin". - richard kimbin -

owen_evil@blog berkata...

ogumu no notukaan ku tulun..aw nopo oilan mantad siongo..tu adalan kopijo kogumu..ngawi nga dusun ne ponokiboboros..ala laid oku no mogium ponong siongo no waro koirad pomoros do talantang nga tadom aiso totukan ku..pomoros nopo talantang nga osodu kopijo kopisuai do pomoros do wokon..ong monokiboboros oku di momogun wokon mori nga,awu yo tilo karaati ong sompipion ku no dang talantang pomoros ku heheeh...aku da ojuaan ti pomoros do talantang..osodu kopijo kopisuajan do pomoros do wokon..arapon nopo da awu atatak ti bahasa talantang hehe..

fred berkata...

Terima Kasih utk RC atas komen yang membangun. Memang benar bahasa dan loghat Talantang adlh unik dan jauh berbeza dari bahasa suku kaum lain yang ada di Sabah. Seharusnya dipelihara dan ini memerlukan kerjasama dari semua pihak khususnya orang-orang dari suku kaum Talantang sendiri dan bantuan dari Kerajaan negeri juga sanagat membantu.

Owen, ngam nono kanou gunaan tokou koijo boros tokou om au atanus... Porongoon no ngawi tulun tokou om tandam-andam. Au oilaan mori kalu waro nopo tandam-andam tokou tulun Talantang mantad Ulu Sugud Malinsou.

MoguezZZ berkata...

bang oku nopo...jalan plg awasi,man mantad timpunai monuduk pomomoros dang talantang mantad tokodo po tanak..

fred berkata...

Moguezz, otopot mori no....oi.. au oilan dung songkuro po kogumu tulun talantang koilo momoros dang talantang tu au di gia osusui di sukod wagu ngawi..kogumuan diotilo momoros Malayu au di momoros do talantang no koijo...mai tokou timpunai. Soira kangasawo om kiongo kitanak tudukan tokou no kopijo tanak tokou momoros dang talantang...au nopo nga atanus mori ot boros tokou.

fred berkata...

Kanou angatan ku ngawi toinsanan tokou tulun talantang momoros tokou talantang...siti suang blog diti...kanou tokou mangangat tompinai om tandam-andam sumuang ti blog. Obuli tokou nogi mogitaak-taak do toilaan pasal nu nopo it waro kontokon do bangsa om kampung tokou..Mogisasambayang tokou nogi om waro ot kounduron tokou ngawi..

fred berkata...

Kepada org2 talantang yg sdh tdk tahu cakap bahasa talantang jangan pula rasa terasing sekiranya masuk dalam blog ini. Feel free to make comment ka dit urang puti la..hehehe..Semoga dengan sokongan anda semua dapat membuka mata pihak yang berkenaan khususnya kerajaan supaya memartabatkan suku kaum Talantang sebaris dengan suku kaum yang lain di Sabah dan semoga dengan itu kewujudan suku kaum kita disedari oleh orang lain, kerana buat masa ini, saya percaya masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan suku kaum Talantang walau pun orang Sabah sendiri.

The Momogun berkata...

osinang oku banal mamasa om mangaharati dinot boros dot Dusun Talantang. Alaid kuno kelaai dot varo ot Dusun Talantang nga amu ku osodirizan dot banal nunu ot pialatan dot Kimaragang om Talantang. Rontob nopo ong sitid ponong di tokou, sompikodim-kodim dot Momogun tokou kah..iri pogi ot kagama dot amu natalahas banal ot pialatan dit boros.

Otopot ko yoku
Joe Byne

Addelle Dato' Carl berkata...

saya juga berasal dari kg talantang...tp yg menghairankan saya kenapa saudara menamakan kg talantang itu 'suku kaum'?memang la ia ada loghat bahasa tersendiri...tp sy tak terfikir ianya 'suku kaum'...mungkin ada benarnya orang talantang berasal dari daerah ranau memandangkan ada persamaan cara pertuturan orang di sana...kalau tidak pun berkemungkinan jg berasal dari daerah sandakan(telupid) kerana orang di sana jg ada sedikit persamaan dengan loghat org talantang kerana saya pernah berkawan dengan orang yang berasal dari daerah tersebut dan loghat mereka agak kasar seakan2 loghat kaum rungus..

Emma berkata...

Secara peribadi saya akui,Dusun Talantang adalah bahasa Dusun yang unik dan istimewa, dan tidak dinafikan bila kita berbicara dlm bahasa Dusun Talantang, ramai org tidak dapat menguasai atau tidak tahu tentang kewujudan Dusun Talantang ini..Sejak saya dari zaman kanak2 hinggalah sya dewasa, penggunaan bahasa dusun Talantang ini cuma digunakan di Kg Talantang 1 & 2,yg terletak d daerah Kota Marudu.Jika kita terdengar dari kg lain berbicara dlm bahasa dusun Talantang ini, mgkn kerna ada sesetengah dari mereka berasal dari kg Talantang berkhwin di kg yg lain,atau mempunyai saudara mara di kg Talantang,tapi telah berpindah.atau mempunyai kwn2 di kg Talantang. Tapi saya belum pernah bertemu dgn sesiapa yg berbicara dalam bahasa Talantang yg mengaku "saya tidak pernah pergi kg Talantang, Tidak ada kwn d talantang, Tapi keluarga sya memang berketurunan Dusun Talantang, sbb tu kmi menggunkan bahasa ini,"sya harap suatu hari nanti sya akan bertemu dgn org yg akan mengaku seperti ini, dan pasti pencarian kita berhasil...bahawa suku kaum ini belum pupus dan dalam tidak sedar bahasa Dusun Talantang ini wujud di daerah lain bukan sja d kota marudu...sya mahu berkongsi sedikit pengalaman sya sewaktu bergaul dgn kwn2 yg berasal dri suku kaum dusun yg lain, Bila mereka berbicara sya bleh memahami apa yg mereka katakan, tpi bila sya menggunakan bahasa dusun talantang, mereka terdiam dan berkata "ko guna bahasa dusun apa?kenapa kmi tidak faham?" dan mula lah mereka belajar 1 atau 2 patah perkataan tpi mereka kata susah"disitu sya berfikir bahawa bahasa dusun Talantang sebenarnya istimewa,bkn senang untuk suku kaum dusun lain yg boleh menguasai,Dan kenapa pula ada sesetengah org senang tuk mengabaikan atau melupakan untuk berbicara dalam bahasa dusun Talantang ini...sya kecewa!,memang ada alasan kita tidak boleh mengunakan bahasa dusun talantang d mana2 atau sepenuh masa, kerna untuk memudahkan org lain berbicara dgn kita.tetapi bahasa dusun Talantang ni kalau boleh harus d jaga dan tidak d abaikan, kerna kita yg lahir dan membesar dlm suku kaum ini, ini lah identiti kita, kalau ia pupus ditelan zaman, pada masa akan datang generasi kita tidak akan pernah tau akan asal usul kaum Dusun Talantang.

Fred..tq kerna mencipta blog ini, sya rasa blum terlambat untuk mencari...dan kita boleh bermula dari sekarang..hahahha.Dan sya harap suatu hari nanti kita berpeluang dan pihak yg berkenaan membuka mata dan pasang telinga tentang pencarian ini,tuk mewujudkan program seperti yg fred katakan..hehehe..

S'dak Gintuod
Emma

fred berkata...

Selamat sejahtera topinai ngawi....
Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas komen-komen yang saudara-saudari tulis dalam ruangan talantangunited.blogspot ini. Secara peribadi saya sgt gembira dgn komen tompinai semua kerana ini bgi saya menunjuk kan yang tompinai semua ambil peduli tentang komuniti kita suku kaum Talantang.

Topinai Addelle Dato Carl, seperti yang saya katakan di awal-awal penulisan saya. Saya pernah bertanya dengan datuk dan nenek saya kenapa Kg. kita di namakan Talantang?. Jawapan mereka ilh pertama:- Org2 talantang yg dri Ulu Sugud Malinsau la yg menoroka kg kita dan kedua:- wujud dgn banyaknya pokok kayu yg bernama kayu Talantang pda masa itu. Sebab itulah wujudnya kg yg bernama Talantang.

Joe... terima kasih sekali lgi kerana menyokong blog ini.... Saya yakin saudara blh mendapat ramai kawan2 terutamanya org2 Talantang dlm ruangan ini... Saya percaya dgn perbezaan loghat dan bahasa yg kita gunakan bkn lah jurang yg blh memisahkan pisompuruan kita dan itu lah keunikan org2 dusun...:)

Emma..terima kasih bo...mari terus support blog ini..supaya..suku kaum kita blh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn suku kaum lain di Sabah....

Dalam kesempatan ini saya juga mohon supaya siapa pun topinai semua yg mahu menulis komen dlm ruangan ini, saya minta supaya menulis nama penuh yg sebenar di akhir komen topinai semua. Ini untuk memudahkan kita berkenalan antara satu dgn lain.

uiell76 berkata...

suatu ketika dulu,pernah saya terfikir untuk buat blog berkaitan dengan unik nya dialek dusun kg talantang ni.tp di sebabkan saya sedang manage 7 laman blog masa tu ,terlalai la pula.
sampai masa wujud blog talantangunited ni,sy rasa kena betul pada masa dan tempat yg sesuai di mana teknologi perhubungan semakin dekat dan canggih..senang kita bertukar-tukar cerita walau di mana pun kita berada.support talantangunited support our clan.hidup talantang

Tanpa Nama berkata...

fred n the gangs..mimang parlu kita sbg anak jati talanyang concern ttg bahasa dusun talantang ni..sy sering kongsikan dgn kwn2 kuliah sy beberapa perkataan dusun talantang dan mereka amat janggal utk menyebut.tetapi sebagai anak jati talantang,jgn pernah malu berkongsi bahasa dusun talantang kepada rakan dusun yg lain..

fred berkata...

Topinai ngawi, terima kasih sekali lagi atas sokongan... Mari terus berkongsi pendapat dan kalau boleh saya minta supaya tompinai semua yang di kampung terutamanya tanya-tanya lah orang tua-tua di kampung kita tentang asal-usul kita kemudian kongsikan dalam ruangan blog ini untuk faedah bersama.. Kalau ada gambar-gambar yang berkaitan kirim melalui fasebook atau email saya di awoi95@yahoo.com supaya saya boleh letak kan dalam ruangan ini.

Tanpa Nama berkata...

otopot mori no boros dikou nooi,oporlu mori tokou momonsoi iso maso do mittimung manaak kasadaran dot koinsanan tulun tokou poingkuro tokou memiara tit boros tokou,salain mantad ino kadapat tokou popiogot tit popiompinajan tulun tokou.

SandraBie berkata...

bagi sy..cra yg ble kta ambil ialah p sndr d ulu sugud malinsau tuk cri mklmt psl asal usul kta ne sbnrny...cz lau btl kta b'asal dr sna maknany tdpt kturunan kta d sna smpi skang kn...n lg 1 da skali sy bcakap dusun talantang da la sorg kawan sy ckp dusun kta da sm d ranau...mayb mksdny d ulu sugut la 2...cz kbykn kwn sy dr sabah jrg dgr dusun cm kta...n sy sndr t'tya2 dusun kta ne dusun pa..lau da org tya sy just jwb "dusun talantang"..hehe

Tanpa Nama berkata...

orang Talantang = Kimaragang jga kan. orang dusun di Kota Marudu ni dusun kimaragang.

Semua dari Nunuk Ragang juga.

Tanpa Nama berkata...

Tinungkup Wrote:
Saudara Fred, Saya tertarik dengan blog saudara. Saya bukan orang Kg Talantang, tapi Sy dusun Kimaragang. Sy berfikir selama ni di daerah Tandek hanya ada suku kaum Kimaragang dan tiada dusun lain.
Jadi sy tertarik sekali seandainya ada suku lain seperti sukukaum Talantang yg Saudara Fred nyatakan dalam blog saudara.
Sb pandangan sy orang Kg.Talantang ialah sukukaum Kimaranang spt yg lain2 juga yg tinggal Kg - Damai, Mosolig, Salimandut, Nolotan, Botition, Morion, Tingkalanon, dll...
W/p saudara Fred: Perkara ni harus juga dicari kesahihnya apa lagi Saudara Fred memiliki keyakinan soal pendapat sendiri.
Sebagai SukuKaum Dusun, sy percaya.. ramai yg rasa gembira andai satu masa nanti Talantang boleh diiktiraf sebagai satu lagi Sukukaum Dusun diSabah.
Teruskan usaha murni. Syabas!! Fred..

fred berkata...

Salam...untuk kawan2 yang setia mengikuti perkembangan TU.

Untuk pengetahuan Sdr. Tanpa Nama, (siou sebab saya terpaksa memanggil sdr macam tu.). Secara kebetulan saya berkawan rapat dengan orang Ulu Sugud Malinsau sekarang ini dan kalau tiada halangan dalam bulan Dec tahun ini saya akan bertunang dengan salah seorang gadis dusun tinagas dari USM(Ulu Sugud Malinsau)..Hehehehe...

Menurut cerita mereka, memang wujud suku kaum Talantang di USM. Sukum Kaum Talantang ini memang menatap di USM dari dahulu kala sebelum sebahagian dari mereka iatu nenek moyang kami turun ke Kota Marudu dan menetap di Kg. Talantang sekarang ini. Orang-orang Tinagas yang di Kota Marudu juga sebenarnya berasal dari USM.

Saya sedang mengumpul maklumat sejak dari tahun berapa orang-orang Talantang membuat penempatan di USM dan asal sebenar suku kaum Talantang sebelum sampai ke USM. Tentu ini akan memakan masa yang lama untuk melakukan kajian, harap kita semua bersabarlah...hehehehe... Sementara itu jika ada siapa-siapa diantara saudara-saudari yang ada maklumat sila update kita semua di laman blog TU ini...

Salam Pisompuruan...
Fred S.

Talantang.com berkata...

saya sangat t'tarik dgn tulisan ini. sebenarnya sy sudah lama mendengar akan akan persamaan logat talantang dengan 1 tempat d ranau melalui perbualan dengan seorang pastor. namun apabila saya melanjutkan pelajaran d UMS sy telah berkenalan dgn beberapa pelajar dari daerah ranau, oleh kerana saya kurang fasih b'bahasa dusun yg mereka gunakan saya terpaksa menggunakan bahasa dusun talantang. apabila mereka mendengar bahasa talantang mereka mengatakan bahawa pernah mendengar logat itu sendiri d daerah mereka. yg lebih mengejutkan lagi terdapat 2 pelajar d kelas sy yang berasal dari kg Timbua, ranau mempunyai logat dusun talantang...

Talantang.com berkata...

saya sangat t'tarik dgn tulisan ini. sebenarnya sy sudah lama mendengar akan akan persamaan logat talantang dengan 1 tempat d ranau melalui perbualan dengan seorang pastor. namun apabila saya melanjutkan pelajaran d UMS sy telah berkenalan dgn beberapa pelajar dari daerah ranau, oleh kerana saya kurang fasih b'bahasa dusun yg mereka gunakan saya terpaksa menggunakan bahasa dusun talantang. apabila mereka mendengar bahasa talantang mereka mengatakan bahawa pernah mendengar logat itu sendiri d daerah mereka. yg lebih mengejutkan lagi terdapat 2 pelajar d kelas sy yang berasal dari kg Timbua, ranau mempunyai logat dusun talantang...

fred berkata...

Sebagai kesimpulan awal saya tentang asal-usul Kaum Talantang ini memang wujud di Daerah Ranau, tetapi kebanyakannya bermastautin di Kg. Kaingaran yang termasuk dalam kawasan Ulu Sugud Malinsau. Ini saya dapat pastikan kerana tahun lalu saya telah ke Malinsau dan sempat melawat ke Kg. Kaingaran dan saya telah dimaklumkan di mana perkampungan orang-orang Talantang di Kaingaran, cuma saya tidak berkesempatan masuk dan beramah-tamah dengan orang sekaum di sana pada masa itu kerana masa tidak mengizinkan. Saya harap dilain kesempatan saya akan dapat berbicara dengan orang-orang Talantang di sana dan dapat berkongsi dengan saudar-saudari semua tentang suku kaum kita di Kaingaran dalam blong TU ini lagi...Untuk pengatahuan saudara talantang.com Kg, Timbua itu sebenarnya sudah dekat-dekat dgn Kg. Malinsau.

Salam Pisompuruan..
Fred S.

Tanpa Nama berkata...

Agak menarik topik yang dibicarakan, untuk makluman saya seorang dusun berasal dari daerah beluran, mama saya dusun asal dari daerah Kaingaran, bapa saya kadazanLabuk dari daerah beluran. saya kurang fasih berbahasa dusun, tapi saya rasa hampir 90% kalau bukan 100% faham apa yang si owen_evil@blog katakan.. kalau dusun yang digunakannya itu ialah dusun Talantang yang anda maksudkan.. seperti tiada perbezaannya dengan dusun yang anak2 muda di kampung saya gunakan. cuma ada sedikit2 yang berbeza dari segi sebutan seperti kopijo, kalau di tempat saya kopijo itu adalah perkataan yang digunakan dalam bahasa kadazan, manakala kalau dalam bahasa dusun, kopijo kami sebut kopiyo.., walaubagaimana pun penggunaan perkataan kopijo dapat difahami juga sekiranya anda menggunakannya di tempat kami. Dari pemerhatian yang saya lihat melalui dusun yang si owen_evil@blog guna, sepertinya dusun talantang ini telah dipengaruhi serba sedikit oleh bahasa suku rungus.

fred berkata...

Terima Kasih saudara tanpa nama, Kalau boleh jadi lah ahli di Talantang United ini. Supaya kita boleh misusur kata org talantang, mana tau mama kau yang dari kaingaran itu orang talantang..:).

O ya kalau tidak kebaratan saudara tanpa nama juga dialu-alukan untuk memberi komen atau apa-apa cadangan dalam blog ini. Untuk makluman sebenarnya bahasa Talantang asli ialah seperti yang owen_evil@blog katakan dan masih ramai yang menggunakan bahasa ini di Talantang, tidak kira lah Talantang-1 atau Talantang-2.

Kami masih berharap agar dapat berkomunikasi dengan anak-anak Talantang yang dari Ulu Sugud Malinsau atau Kaingaran.

Tanpa Nama berkata...

hi talantang group, boleh share sikit ba kn... sy perkenalkan diri saya anak jati talantang ranau (suku talantang di ulu sugud kaingaran) memang benar yang saudari Fred katakan bahawa suku talantang di kota merudu kemungkinan besar berasal dari ulu tongod di daerah biluran... kerana menurut cerita moyang & nenek saya bahawa perkampungan suku talantang pada di ulu tongod di landa penyakit mestri, dan penduduk suku talantang ini lari meningalkan perkampungan itu, mereka berpecah-pecah mencari penempatan baru ( kesan perkampungan suku talantang masih ada sehingga kini di ulu tongod, segala harta spt tempayan,gong & dll masih ada d kawasan itu,tiada org yg berani mengambil kerana jika ada orang yg ambil sbl keluar dari kawasan tongod sama ada mati atau hidup tpi nyawa2 ikan la dan akan mati juga sekiranya tidak memulangkan barang yg di ambil) jika saudari fred mahu lebih info tentang suku talantang du ulu sugud kaingaran boleh bertanya di www.kaingaran.com kamu juga boleh minta lihat sala-silah keluarga yang menerokah kawasan ulu sugud kaingaran mana tahu suku talantang di sana adalah sebahagian dari keturunan talantang ulu sugud... dan boleh lah kita buat pertemuan keluarga secara besar2 hehehe... sekian harap membantu

anak talantang ulu sugud

Kaingaran berkata...

Kopisanangan do kopintutunan..
otopot nopo a' oku di' koilo totopot kopio sama ada do tulun talantang nopo mantad Molinsou (Malinsau) intangan nopo it karalano mantad nunuk ragang om osodu no it Molinsou.. mintong nopo dilo om oilaan tokou Molinsou nopo nga destinasi it seterusnya do tulun talantang lagipun kogumuan tulun do ilo'd Molinsou nga tulun do Tinagas.. haro nogi tulun talantang nga it nokotokin koi i minintoron om minomogun-mogun no do ilo gara-gara di karalano digulu2 tu mabpanau takod do mongoi ilo Ranau om i nopo Molinsou om otoliban nogi do tulun talantang soira mingalud do rumikot ilo Morungin koi to ilo' Peransangan Ranau. kinoguason nopo iti Talantang mantad di noilaan ku om ilo no sarayo dilo bawang Kingaran ritaan Talaanas om Torerey (to-ray-ray) no wayaan diolo digulu nopo nga kotalib dilo nulou montapuk mantad ilo nunuk ragang.. Noilaan ku nopo pogun (kampung) gulu2 om ilo' noh Torayray->Talaanas->Kilanas, Kalangkang (pogun di Kontuni Giwor-mantad Rapak Ranau), Patau (tapatau), Puralai(Giring), Domis, Magkapo om Tinuom.. Molinsou a' noritaan do komolohingan tu okon ko pogun nopogulu. -
www.kaingaran.com

Kaingaran berkata...

Haro 7 poh ot koturunan do tulun Talantang it a' nilaan songgo kinopomogunan diolo mantad poh di toun 1800-an ko i mantad sobolum dih. nokotongkiad mantad di kopidnaian diolo noowit di kotumbayaan gulu2 om nogi sinabab do kinoburuon do koposion gulu2 tu noubas do mongintalun om magasu om popadagang do ilo' id pogun sodu om a' nodi insan poh di gulih id pogun kinosusuon diolo iti sugud(t)..

Tanpa Nama berkata...

talib .. otoliban tikow po kiyo, siow tu awu koptuturan dikow baino, marau-arau oku ti

Tanpa Nama berkata...

Yoku nga songulun tulun dusun talantang..nga aah oku apasti mantad songgoh kepio kinontodonon iti dusunku...nga setuju oku binoros tompinai mantad kaingaran"kalangkang" nopo nga kinoionon ginumuan tulun talantang mantad poh digulu..poonsulok nopo mantad sugud maya waig kaingaran nga keruba nogi waig kawiyan(mantad kalangkang)...kg.kawiyan nopo nga kg dit agayoh id mukim kaingaran om kg nopo diti nga kinoionon tulun dusun talantang..hilo nopo sarayo waig kawiyan om waig kaingaran nga koinsomok noh daerah telupid..setakat ini sahaja yg saya thu

Linah berkata...

Atuk3... awasi kopijo ti blog ti. Igitai tokou togirot koti ti koubasanan sakag talantang om au dot atanus. talantang koupusan ku.. hehe..

Tanpa Nama berkata...

Waro manaku ot Dusun Talantang id Tombunan?

RON berkata...

Kounsikahan au ogigina kumaa admin diti blog tu minaganu timpu om kesiwatan do minomonsoi diti blog.Yoku mantad siti'd kampung Bunga Raya, Keningau,om orongou ku nopo koboros-boroso/boros tulun siti nga nosompipi dang Talantang ot susui/dialect.
mongunsikou oku nogi kumaa di admin, tambalut-tambalut/kinoruhangan silo'd group Piamungan Tulun Dusun Talantang,om kumaa opipiro blogger wokon/suai.Beno nogi nelaan ku ot kowoyo-woyo toi ko susui do boros talantang, nga timpunan tokou toinsanan do popointutun om popoingkakat diti susui boros Talantang.

Ponsikou,

Yoku it totopot,
Dairon

Yoyoku beti... berkata...

Kopisanangan om tabii iso Sabah...
Yoku tulun kimaragang..ong obuli oku maya sitid blog diko'o,maya oku..ong amu,posimoyo'on nobo..

Unknown berkata...

Mahu tanya..apa perbezaan dusun tinagas,dusun talantang,garo

Unknown berkata...

Mahu tanya..apa perbezaan dusun tinagas,dusun talantang,garo

Kuluk berkata...

Eyah apa perbezaan dari suku Tinagas, Talantang, Garo dan Kimaragang? Tolong spa2 yg tahu supaya ksi clear sma kami yg x tahu ini... Sya kadang2 jumpa org ckp sya mcm org Talantang la, ada bilang mcm org Kimaragang la dan kadang2 mcm org Garo bkin ckp...
Melayu Tinagas
Sudu Kayus
Kuching Songkow(Tusing pun ada pakai)
Makan Sarapan Pagi Tumimos(mcm bgini bunyi kalau salah betulkan)

Itu contoh ayat original tinagas ada bnyk lgi tpi sya lupa2 sda ahahhaha...Kalau d Kg Talantang, Kota Marudu ada jga pki kayus tpi bunyi dia kajus kalau x silap..
Dri cerita org tua2 sya Talantang n Kimaragang dlu x brpa ngam sma Tinagas slalu war sanaa USM mcm d COC kali... Tu sbab banyak keturunan ni 3 suku d Kota Marudu...
Kalau Dusun Garo ni x tau pla mcm mna cerita dia...
Difahamkan Tinagas dengan Talantang ni direct cabang dari Nunuk Ragang lah sekumpulan dari nunuk ragang berhijrah dan menetap/berkampung d bawah Pokok Talantang trus diorg ni kana pangil dusun Talantang. Dusun Tinagas ni pula lagi 1 kumpulan lain pergi berkampung d Keragasan Ulu Sugut, mereka kunun menetap d muara2 sungai yg banyak batu. Tinagas ni maksud dri Nagas(Kawasan Muara sungai yg berbatu batu kalau x silap), Ti tu kemungkinan dri Tinan(Badan/org). Jdi kana pangil lar itu org2 Tinagas.
Jdi x hairan lah napa banyak persamaan Talantang dgn Tinagas..yg lain x pasti mcm mna kalau ada yg tau sila betulkan sya atau kongsikan cerita sebenar hehehehhe....peace yowww...

Unknown berkata...

Yoku tulun talantang

herwinicca berkata...

saya dari dari ranau. kampung saya d kaingaran. kami pun guna dusun talantang juga.
terima kasih untuk info asal usul dusun talangan.

Unknown berkata...

Saya dari tinaum ranau kami dusun talantang. Info topinai macam kurang tepat sebab kalau dari kg melinsau sana tu dusun tinagas. Info yang betul mukim dusun talantang dari kaingaran dan sekitarnya seperti kawiyan paka giring tinaum dan banyak lagi.

mjalumie berkata...

Terima kasih kerana ada blog ini. Saya juga adalah Sakag Talantang dari Nalapak Ranau. Datuk Saya berada dari Pogun Tanaru Di Ulu Tungod. Perkampungan Di Ulu Tungod Itu dipanggil Pogun Tanaru kerana terdapat Perkampungan keluarga Talantang di sepanjang sungai Tungod. Mereka yg tinggal di Ben Hulu sungai Tungod spt Datuk Saya pindah ke Nalapak, di bhgn hilir sungai Tungod spt sungai Sowiyon pindah ke Keputsn atau Tererey, dan yg lain nya pindah ke Kaingaran atau Beluran. Sebelum di Pogun Tanaru suku Talantang juga asalnya dari Nunuk Ragang.

SNM berkata...

Kogumuan nopo dusun Talantang siti ranau ompinai nga, mantad silo kaingaran ulu sugut , pupuan, tapatau, kawiyan , kilanas om kirokot ranau.. om ogumu po kanto suai kampung nga ilo no ilaan ku hehe

SNM berkata...

Sama juga tu bahasa, dusun tinagas sama dusun Talantang.. cuma ada beza 'accent' lah... Macam english US ok ENLigsh Uk

SNM berkata...

Sama juga bahasa tu dlm kategori central dusun, cuma accent yang beza, kalau dusun Talantang ni macam garang2 kalau bercakap, kalau tinagas macam alunan musik kalau bercakap..

SNM berkata...

Berbeza dari segi logat saja tu tapi masih boleh berfaham antara satu sama lain

Tanpa Nama berkata...

Ko patut cari saya 😂

Tanpa Nama berkata...

Hai, baru Sy nampak tesinggah di blog ni, ba,Sy mengaku sy dusun talantang yang ada di Ranau, sebut saja dusun talantang Kaingaran, mukim kawiyan, kg kilanas,
bukan di ka talantang yang ada d kota Marudu, tapi Sy memang pernah dengar la,,ba ,apapun roger2 ya