Pagi ini saya berkesempatan bersembang dengan seorang kawan di laman sembang Facebook. Kami adalah kawan sekampung malah mempunyai tali persaudaraan.
Pada permulaan-nya kami hanya bertanyakan khabar diri masing-masing, maklum lah kan kami jarang-jarang berjumpa, saya di semenanjung dia pula di Pulau Banggi kerana tugas. Setalah memulai dengan bertanyakan khabar masing-masing kami mulai bercerita tentang keadaan kampung halaman kami yang dicintai, Kampung Talantang. Si kawan ini yang banyak bercerita sebab dia lebih kerap balik kampung dari saya.
Dalam banyak-banyak cerita tentang perkembangan kampung, pasal banjir dan kerosakan yang dialami, ada satu cerita yang sangat menyedihkan berlaku dan dialami kebanyakan penduduk Kampung Talantang.
Kejadian banjir awal tahun lalu menyebabkan sebahagian besar sawah padi yang diusahakan oleh penduduk Kampung Talantang tertimbus dengan pasir. Pemimpin-pemimpin kerajaan tempatan yang disayangi juga telah turun padang untuk melihat sendiri keadaan kerosakan teruk yang dialami. Penduduk Kampung Talantang sangat menghargai keperihatinan para pemimpin kerajaan tempatan kerana selain dari turun padang mereka juga telah berjanji akan menghulurkan bantuan dengan menolong membajak atau meratakan sawah padi yang tertimbus melalui Jabatan Pertanian Daerah.
Apa yang menyedihkan ialah pertolongan kerajaan yang telah dijanjikan mengambil masa setahun untuk dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Ini menyababkan orang-orang kampung terpaksa melupakan hasrat untuk bersawah padi selama dua musim. Pendapatan mereka juga terjejas, memikirkan hal ini saya sangat merasa sedih dan kesihan khususnya orang kampung yang sangat bergantung kepada hasil padi untuk meneruskan kesinambungan hidup mereka.....
Dalam hal ini kerajaan sepatutnya bertindak lebih aktif dan extrem dalam melaksanakan bantuan yang perlu untuk orang kampung, dan kalau kelewatan ini memang tidak dapat dielakkan, kerajaan perlu memikirkan bantuan alternatif dalam bentuk yang lain disamping berusaha memberikan penjelasan yang munasabah. Jangan biarkan orang kampung tertunggu-tunggu bagai menunggu bulan jatuh di riba.
Semoga dimasa akan datang kerajaan lebih aktif dan kreatif dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.
8 ulasan:
Sya ada balik bercuti baru2 ni, sewaktu d kg sya sempat bercerita dgn saudara mara tentang isu ini, oleh itu sya menyiapkan 1 artikal tentang isu tersebut ,untuk di muatkan dlm blog talantang united, tpi x sempat, anywhere tq saudara fred.sebenarnya isu yg saudara fred kongsikan ini, sebenarnya suda pernah di kongsikan oleh Saudara Mohd Yunus@Mojonos d dlm blog suara Anak Marudu yg di tulis oleh Presiden SAM, tapi tidak ada respon dari pihak yg berkenan. Sudah kena banjir, sawah padi rosak,mengambil masa tuk memperbaiki,pihak berkenaan berjanji tapi tidak dpt menunaikan janji itu, lebih menyusahkan petani lagi mengambil risiko selama 2 musim tidak dpt menanam padi,“SUDAH JATUH DI TIMPA TANGGA LAGI” sya rasa tidak keterlaluan jika sya melabelkan keadaan para petani d kampung Talantang dari setahun yg lps dan hingga kini,mungkin juga ada kg2 lain yang terlibat, tpi komen sya kali ini fokus kepada kg Talantang..sebagai penduduk kg Talantang sya terkilan dengan sikap pihak yg berkenaan yang tidak bertanggungjawab.kerajaan bersimpati dgn keadaan sawah yg rosak setelah dilanda banjir, dan kerajan mengambil satu langkah untuk naik taraf jalapang padi di Talantang untuk membantu para petani membajak dan meratakan tanah sawah. Dan para petani bersyukur dan menghargai keperhatinan mereka, dan bersetuju menunggu dan memberi peluang kepada pihak kerajaan untuk membuktikan pada rakyat bahawa mereka tidak pernah mengabaikan nasib dan kperluan rakyat, Tetapi sekarang lain pula yg jadi, Janji punya Janji, Sabar punya sabar, smpai skrg semua kerja membajak dan meratakan tanah belum lagi di jalankan,apa sebabnya?Tidak di ketahui. Sekarang bukan masa untuk menunding jari, bukan masa untuk mencari salah siapa?TIDAK!!, tapi kepada mereka yg telah di amanahkan untuk melaksanakan hal ini, Tanggungjawab anda amat kami hargai, kerna bkn petani tidak dpt bersabar tapi sya rasa anda juga tahu dan anda lebih tahu,bahwa 95% penduduk kg Talantang hanya mengharapkan pendapatan melalui hasil padi,hnya 5% sja penduduk kg yg punya pendapatan lain,boleh dikatakan penduduk hidup bergantung pada hasil padi, 2 musim penanaman padi tertanggu ini bukanlah masalah yg kecil, tapi para petani mengambil risiko yg tinggi untuk menanti janji anda.sewaktu sya balik ke kg baru2 ini,ramai petani yg telah mula membajak dan meratakan sawah mereka tanpa menunggu janji mereka lagi, bukan krna memberontak tapi tidak mahu menanggung risiko lagi, Tidak ada rakyat yg tidak inginkan kesenangan, tidak ada rakyat yg tidak mahu menerima perubahan, tapi jika hal yg seperti ini pun tidak dapat di laksanakan dengan baik, bagaimana rakyat boleh menaruh kepercayan yg tinggi kpda pihak yg berkenaan untuk hal yg lebih besar….Kita renung – renungkan lah bersama…kepada petani@penduduk kg Talantang, anda tidak ada kesalahan untuk memulakan penanaman padi sekarang, kerna apa yg anda lakukan tu untuk kebaikan dan tidak ada siapa yg akan bertanggungjawab risiko yg anda alami.sya minta maaf jika sya terkasar dan hal ini membri pandangan negetif rakyat pada yg berkenaan, sya tidak bermaksud sedemikian, Tapi fahamilah masalah para petani.
sekarang ni pemimpin rakyat dari segala akar termasuk dari peringkat kampung sehingga perseketuan sibuk berusaha mencanangkan cadangan membangunkan kawasan-kawasan seluruh Malaysia.kalau boleh mereka semua mahu mengetahui nama-nama setiap kawasan untuk di sebut dalam ucapan atau kertas kerja.tetapi yang sedihnya,tindakan untuk melaksanakan setiap cadangan itu memberikan persoalan kepada penduduk kampung termasuk di Talantang.dari mereka yang buta huruf hingga celik huruf sudah tau muslihat politik orang tertentu.
sebagai warga jati Talantang, kita perlu berusaha membangunkan kampung Talantang dengan menubuhkan persatuan yang mampu di pandang oleh pihak terbabit.perlu kerjasama dari semua golongan tidak kira yang berpendidikan rendah mahupun yang belajar di peringkat tinggi.
Inilah dunia politik, tanpa mengira terpelajar atau tidak , miskin atau kaya, di desa atau di kota,semuanya dirangkum rakus lalu dipintal menjadi batu loncatan naik ke atas.janji diolah begitu indah sebagai gula2 yg disuapkan ke mulut rakyat supaya menutup mata dari melihat kepincangan pentadbiran yg tidak berpihak kepada rakyat.
bagi mereka yg hidup bergantung penuh kpd hasil padi utk mengalas perut, penantian selama dua musim menanam ini utk mendapat pembelaan dari kerajaan sesuai dgn amanah yg mereka berikan di peti undi pada pilihanraya lalu adalah umpama bernafas dlm lumpur selama setahun dikhianati.
tapi tak mengapalah, rakyat talantang adalah rakyat yg baik,ramah dan tidak kedekut lagi pemaaf. pada PRU 13 nanti akan bergema lagi janji2 politik yg akan ditaburkan oleh mereka yg bermegah di atas.. lalu akan kedengaran lagi pekikan "hidup si anu!!" lalu berbondong bondonglah si nasib malang menggotong si anu sambil menjulang tangan ke udara.
TomouLangou...
syukurlah..akhirnya seperti ada cahaya di hujung terowong.wlpn setahun lamanya rakyat talantang/mongkolua hidup umpama bernafas dlm lumpur menunggu peranan kerajaan dari segi menghulurkan bantuan sesuai seperti yg diamanahkan oleh rakyat talantang dan mongkolua melalui peti undi pada pilihan raya lepas.
semoga ini menjadi peringatan kepada mereka yg bergantung penuh pada hasil padi utk mengalas perut ini agar memahami bahawa janji politik tidak selalunya indah. kerana pasti akan bergema lagi seribu macam janji yg akan ditaburkan sebagai pembuka tirai PRU ke 13 nanti.
akan kedengaran lagi pekikan sahut bersahutan "hidup si anu!!" lalu berbondong bondonglah si nasib malang mengarak dan menjulang si Anu sambil penumbuk di acu ke udara serentak dgn lafaz "hidup!! si ANU!!" seolah olah si Anu telah kekurangan oksigen.
Wah...sudah lama saya tdk menjenguk laman blog Talantang United, oleh itu saya mohon maaf kpd rakan-rakan semua..Saya baru memulakan kerja di syarikat baru di Abu Dhabi, dan sedikit sukar bagi saya untuk melayari internet sebab saya menguruskan projek yang memerlukan saya berada di tapak projek sepanjang masa bekerja...
Kesibukan ini sangat memerah tenaga secara fizikal dan mental saya..Namun saya bersyukur dan berterima kasih kpd kwn-kwn yg tetap setia mengikuti perkembangan Kg kita Talantang, sampai sangup memberikan pendapat dan menulis dlm laman TU (Talantang United) ini.
Saya juga ingin mengucapkan selamat datang dan menjadi keluarga baru TU khusus utk Ngingi Lone dan Tomou Langou. Saya harap kita sama-sama dgn tanpa jemu terus menulis dan mengutarakan pandangan kita dlm laman TU ini demi kebaikan dan keharmonian Kg. Talantang.
Saya yakin walaupun kita hanya mengutarakan pendapat kita dlm laman TU ini, pasti ada pemimpin-pemimpin yg terlibat secara langsung dgn kerajaan dan Politik yg membacanya...Semoga dgn kandungan yg ada dlm TU ini mampu mencorak kan cara kepimpinan mereka walaupun cuma sedikit...
Oleh kerana saya berada jauh dri Kg. kita masa ini dan sukar utk saya mengikuti perkembangan Kg. Talantang saya mengambil kesempatan ini utk mohon bantuan dri kwn-kwn semua supaya menulis dlm ruangan TU ini sekiranya ada isu-isu yg baru. Sekiranya ada boleh lah menghantar email kpd saya di awoi95@yahoo.com. Saya akan berusaha utk menerbitkan tulisan tersebut dlm laman TU ini.
off topic..
maaf saudara Fred..tomoulangou dan ngingi lone adalah org yg sama. saya terpaksa login google utk post komen kedua saya apabila tidak melihat sebarang Notification mengenai komen pertama saya yg mengunakan identiti tanpa nama. maaf sekali lagi kerana komen berulang.
sya kcian dgn keadaan pnduduk talantang y mc hidup serba kekurangan,memang org2 lama buta huruf...tetapi kita sbgai anak muda talantang n pwaris kpd ngri di bwa byu ini x buta n mampunyai akal fikiran y mpu menaksir apa y baik n x baik,apa y x btul n y btul...y baik itu di buang n y tak btuk itu di betulkan...ok sya ingin bertanya kpd saudara2ku,ADAKAH ANDA BMINAT DGN POLITIK AND MAHU MBANTU RKYAT SABAH Y KIAN DI HIMPIT KMISKINAN,KTINGGALAN JUH DI BLKG BBANDING DGN RKYAT DI BANDA N SMANJUNG?..ADAKAH ANDA SEDAR SABAH MRUPAKAN PGLUAR UTAMA MINYAK,GAS MSIA???..NAMUN KNAPA NGRI KITA INI MC Y TMESKIN DI MSIA??...ADAKAH ANDA TAHU APA ITU PERKARA 20 SABAH SEPERTI DALAM PERJANJIAN MSIA 1963???...INGIN TAHU???...KPUTUSAN DI TANGAN SAUDARA2....MAHUKAN HIDUP Y LBIH BAIK,MAHUKAN LBIH RAMAI ANAK TEMPATN BKERJA DLM JPA,MAHUKAN PERUBAHAN???...TPUK DADA TANYA SELERA..LINDUNGI KDM N NEGERI DI BWH BAYU INI,MARILAH KITA BERSATU SBAGAI ANA MUDA SABAH Y BLE BFIKIR DGN WARAS N APA Y TBEK UTK NGRI SBAH,INGIN BERTANYA,TIMBUL PERSOALAN SILA SERTAKAN DALAM BLOG INI,..-SALAM REFORMASI TALNTANG
pkra penting dlm 20 pkra sabah-perkara(1)AGAMA:wlupun x bnthan thdp agama islam sebagai agama kebangsaan malaysia,akan ttpi agama rasmi x di adakan di borneo utara dan segala pundgan mgenai agama islam yang tkndung dlm perlambagaan malaya tidak harus digunakan di borneo utara(sabah) p(2)BAHASA:bahasa melayu harus dijadikan bahasa kebangsaan persekutuan,penggunaan bahasa inggris hrus ditrusan slama tmpoh 10tahun slepas hari mlysia,bahasa inggeris harus dijadikan bahasa rasmi diborneo utra brkaitan dgn negeri n persekutuan x had p(3)PERLEMBAGAAN:wlupun perlembagaan persekutuan malaya sbagai asas untuk mbentuk perlembagaan malaysia,akan tetapi perlembagaan malaysia sepatutnya dipsetujui o pergabungan negeri2 y bbas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yg telah digubal dan dipsetujui o negeri2 yg diasingkan didlm keadaan yg berlainan sekali 1 plembagaan baru utk borneo utara swajarnya amat diperlukan. perkara p(5)NAMA PERSEKUTUAN:malaysia dan bukanya melayuraya p(6)IMIGRASI:kwlan keatas pghijrahan dari luar ke mana2 tmpt di malaysia seharusnya trletk dibwh kuasa kerajaan pusat,tetapi kemasukan ke borneo utara SEPATUTNYA!! memerlukan persetujuan kerajaan negeri p(8)BORNEOANISATION:proses untuk melantikorang2 tempatan ke dalam perkhidamatan awam negeri borneo utara(sabah)diwujudkan secepat mungkin p(9)PEGAWAI2 BRITISH:segala usaha harus dibuat untuk menggalakan pegawai2 british meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh digantikan oleh orang2 tempatan y berkelayakan p(10)KEWARGANEGARAAN:tertakluk kepada pindaan berkait cadangan dalam laporan cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk borneo utara di dalam persekutuan-perenggan kecil(1)seharusnya tidak mengandungi syarat penetapan selama 5 tahun,untuk penyelarassan undang2 kita-peranggan kecil(2)should read"7 out of 10"years instead of "8 out 10"years-peranggan kecil(3)should not contain any restriction tied to the citizenship of parents,lahir di borneo utara(sabah)selepas malaysia must be federal citizen p(11)CUKAI DAN KEWANGAN:borneo utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan tabung pembangunan dan cukai sendiri p(12)KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI:pada prinsipnya bangsa asli borneo utara menikmati hak keistimewaan seperti yg diberikan kepada bangsa melayu di malaysia tetepi formulo yg dipraktikan di malaysia pada masa kini tidaj semestinya dapat digunakan di borneo utara p(13)KERAJAAN NEGERI:ketua menteri seharusnya dipilih oleh ahli2 yg tidak rasmi,borneo utara seharusnya mempunyai sistem menteri yg lengkap p(14)JANGKA MASA PERALIHAN:sepatutnya tujuh(7)tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada kerajaan negeri mengikut perlembagaan dan bukanya di amanahkan oleh kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan p(15)PELAJARAN:sistem pelajaran yg wujud sekarang harus diteruskan,dengan itu ia harus di letakan dibawah kawalan kerajaan negeri p(16)PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN:tidak ada sebarabg pindaan,perubahan atau pembatalan dapat di lakukan oleh kerajaan pusat kepada perundangan perlindungan yg diberikan khas kepada borneo utara tanpa persetujuan kerajaan borneo utara(sabah)kuasa ini menjadi hak mutlak penduduk ini(sabah) p(17)PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN:ini sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk borneo utara tetapi jg kepada keluasan dan keupayan dan mana2 perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah singapura p(18)NAMA KETUA NEGARA:yang dipertua negara p(19)NAMA NEGERI:sabah p(20)TANAH,HUTAN,KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN2:bekalan dalam perlembagaan persekutuan mengenai kuasa majlis tanah persekutuan tidak seharusnya melibatkan borneo utara,seperti itu jg majlis kebanggsaan kerajaan tempatan tidak melibatkan borneo 0utara-inilah 20 syrt y dikmukkn o donald stphen smsa bstuju utk mbtuk mlysia utk mjga hak2 pribumi sbh,tpi x sprti y dhrpkn pd msa kini,tpuk dada tanya selera,fikir2kan
Catat Ulasan