Baru-baru ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah kepimpinan Dato Sri Dr. Maximus Ongkili telah menganjurkan pameran sains, teknologi dan inovasi peringkat Sabah di Kota Marudu.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat terutama Ahli Jawatankuasa Penganjur termasuk Kerajaan Tempatan kerana menurut apa yang saya lihat, dengar dan baca melalui media masa, penganjuran pameran tersebut telah berjaya. Saya merasa bangga kerana Kota Marudu kini boleh dikatakan menjadi tumpuan dan diharap agar program seperti itu akan terus diadakan di Kota Marudu khasnya untuk mendedahkan anak-anak muda atau belia kepada kemajuan teknologi. Harapan saya supaya anak-anak muda dari Talantang mengambil setiap peluang yang ada untuk belajar lebih dalam lagi tentang sains,teknologi dan inovasi demi untuk kebaikan bersama. Disamping itu lewat program mega yang dianjurkan di Kota Marudu boleh menarik orang-orang kenamaan yang datang termasuk pemimpin-pemimpin kerajaan di peringkat negeri mahupun peringkat negara.
Bila pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan negara datang ke Kota Marudu, sekurang-kurangnya mereka boleh melihat sendiri bagaimana keadaan infrastruktur yang ada khususnya keadaan jalanraya dari Kota Belud ke Kota Marudu. Bagi saya keadaan jalanraya yang masih sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan jalanraya di Semananjung keseluruhan-nya. Kita faham dengan bajet yang kecil sememangnya kita tidak boleh mengharapkan keadaan jalan yang sama dengan apa yang dinikmati oleh penduduk Semananjung Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya beberapa kawasan jalan terutamanya di sepanjang jalan dari Kota Belud ke Kota Marudu yang sangat teruk harus lah diperbaiki.
Keadaan jalan di beberapa kawasan yang ada sekarang sangat merbahaya kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan yang mungkin meragut nyawa pengguna jalan tersebut.
Beberapa tahun kebelakangan ini saya melihat memang ada usaha untuk memperbaiki jalan yang rosak dengan teruk tetapi bagi saya ia diperbaiki dengan ala kadar sahaja bagai melepaskan batuk di tangga kerana setiap kali saya balik dan melalui jalan tersebut ianya masih dalam keadaan yang sama, sangat MERBAHAYA. Saya pun tidak tahu dimana silapnya, adakah kerajaan tempatan memilih kontraktor yang salah? atau adakah kerajaan tempatan tidak ambil peduli dengan apa yang kontraktor jalan tersebut buat? Sekiranya kerajaan tempatan perihatin tentang ini terutamanya keselamatan pengguna jalan tersebut sudah pasti keadaan ini tidak akan berlanjutan sehingga bertahun-tahun. Jadi dimana silapnya? Kerajaan tempatan kah atau kontraktornya?
Semua usaha pihak kerajaan dalam memperkasakan kemajuan Sains, Teknologi dan Inovasi amatlah dihargai namun bagi saya ianya agak sukar dicapai sekiranya kerajaan tidak serius untuk membaiki keadaan infrastruktur khususnya kemudahan asas seperti jalanraya dan sebaginya terlebih dahulu.
Blog ini wujud atas dasar keperihatinan terhadap nasib suku kaum Talantang. Harapan saya agar blog ini dapat merangsang anak-anak Talantang khususnya dan siapa sahaja yang berminat untuk meluahkan pandangan tentang isu-isu semasa, terutama yang berkaitan dengan suku kaum Talantang tanpa menyentuh sensetiviti kaum dan agama. Jika ada diantara anda yang mahu menyumbang dari segi pendapat dalam laman ini anda di alu-alukan dengan menghubungi saya di awoi95@yahoo.com terlebih dahulu.
3 ulasan:
Welcome to the club bro. :)
Terima kasih sdr. IsOn kerana meluangkan masa singgah di laman Talantang United. Saya sangat mengalu-alukan komen dari sdr. demi kebaikan bersama.
gud job bro..
Catat Ulasan