Rabu, 26 Mei 2010

KAAMATAN-MASA DEPAN ANAK_ANAK TALANTANG

Zaman remaja saya bersama-sama dengan anak-anak muda yang lahir pada tahun sekitar 1984-1986. Zaman keremajaan kami bermula sekitar 1998 dengan gelaran sebagai team bola sepak Anak Marau-Arau FC. Antara pemain-pemain bola sepak yang berada dalam team tersebut adalah Gunsong, Jani, Modinol, Irin, Ikuk, Jubili, Rano, Beck dan saya sendiri la kan. Kami selalunya akan bermain bola sepak di padang SK Talantang yang sentiasa menjadi rumah kedua bagi remaja dan kanak-kanak masa tu. Bila datang musim Kaamatan macam ni, team kami sibuk sudah untuk ikut pertandingan bola sepak di Damai, Masolog, Morion atau mana-mana la di sekitar kawasan Tandek. Kadang-kadang menang juga tapi banyak masa kami kalah ni. Tapi masa tu memang tidak kisah sangat menang kalah sebab yang penting bagi kami adalah membina semangat berpasukan dan membentuk hubungan sebagai remaja hingusan Talantang.

Ramai daripada kami yang berjaya menyambung pelajaran sehingga ke sekolah menengah di SMK Tandek, SMK Kota Marudu dan SMK Bandau. Ada juga segelintir yang menyambung minta dalam teknik vokasional di SMT Kudat. Sepanjang bergelar pelajar sekolah menengah, memang team bola Marau-Arau FC dan Anak Marau-Arau FC menjadi popular di sekitar Tandek dan Kota Marudu. Selepas Jubili melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan dan kami yang lain di sekolah menengah, team bola semakin hilang di telan usia dan kesibukan belajar. Ramai yang bekerja selepas tingkatan lima, ramai juga yang menyambung pelajaran di kolej-kolej dan universiti tempatan.

Menjelang Kaamatan 2010 ini, ramai anak muda Talantang akan kembali ke kampung halaman masing-masing. Aktiviti keramaian seperti makan-makan, tunang, kahwin dan kesyukuran antara yang paling popular pada bulan ini. Pesta Kaamatan memang wajib bagi setiap kampung dan ada juga pesta peringkat Talantang dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi. Ramai di antara yang meraihkan semua aktiviti dan pesta ini adalah mereka yang dewasa seperti kami ketika ini. DI MANA MENGHILANGNYA ANAK-ANAK MUDA REMAJA TALANTANG??? Apa yang mereka lakukan ketika aktiviti-aktviti seperti ini berlangsung??? Mugkin ada yang tidak dapat mohon cuti dan bekerja sahaja. Mungkin juga ada juga yang memilih untuk meraihkan cuti bersama-sama orang asing di bandar yang lebih meriah???

Apa pun yang anda lakukan, janganlah sehingga menyusahkan diri dan menyusahkan orang lain terutama ibubapa anda. Jangan terlibat dengan lumba haram, penagihan dadah atau kes yang mungkin lebih teruk. Jadilah seorang anak muda yang menjadi kebanggaan ibubapa, menjadi teladan bagi anak-anak muda yang lain. Walaupun saya bekerja di Yayasan Sabah ketika ini secara kontrak, tetapi ini tetap menjadi satu batu loncatan untuk saya menjadi teladan kepada anak-anak muda yang lain. Bekerja untuk anak-anak muda yang belajar di sekolah-sekolah menengah di seluruh Sabah dan Sarawak menjadi titik permulaan untuk saya mencurahkan ilmu kepada anak-anak muda di seluruh Malaysia.

Wahai anak-anak muda remaja Talantang, ingatlah bahawa pendidikan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan bangsa yang berjaya. Sahsiah diri dan disiplin diri menjadi tunggak kepada perkembangan hidup bahagia dan harta menjamin kelangsungan hidup di muka bumi ini. Selarikan diri kita dengan semua aspek ini dan kita akan menjadi anak muda remaja yang berjaya.

HIDUP MENURUT KEHENDAK BAPA SURGAWI ADALAH SATU-SATUNYA JALAN DALAM MENCAPAI SEMUA KEJAYAAN HIDUP.JANGAN PERNAH MENINGGALKAN IMAN KITA HANYA UNTUK MENGEJAR DUNIA.



Salam rindu dari Gaban Aban.

Isnin, 26 April 2010

SEKADAR RENUNGAN

Waa... Sudah lama rasanya saya tidak menulis dalam ruangan TU ini..
Walaupun sedang cuti di Malaysia namun jadual agak padat juga kerana perlu mengunjungi teman-teman karib yang terdekat.

Setelah membaca tulisan saudara Aban semalam saya baru sedar keluarga TU bertamabah lagi, oleh itu dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kedatangan tompinai Vivi ke dalam keluarga TU.

Berikut adalah salah satu tulisan dari blog renungan harian yang saya baca dan sangat mendorong dan memberkati saya. Saya harap tompinai semua juga dapat didorong dan diberkati dengan membaca tulisan tersebut sebagaimana saya diberkati.

Seorang professor diundang untuk berbicara di sebuah markas tentra. Di sana, ia berjumpa dengan seorang prajurit yang tak mungkin dilupakannya, Ralph, penjemputnya di bandara.

Setelah saling memperkenalkan diri, mereka menuju tempat pengambilan bagasi. Ketika berjalan keluar, Ralph sering menghilang. Banyak hal dilakukannya. Ia membantu seorang wanita tua yang kopornya jatuh dan terbuka, kemudian mengangkat dua anak kecil agar mereka dapat melihat sinterklas. Ia juga menolong orang yang tersesat dengan menunjukkan arah yang benar.

Setiap kali, ia kembali ke sisi sang professor dengan senyum lebar menghiasi wajahnya.
Dari mana Anda belajar melakukan semua hal itu ? tanya sang professor.
Melakukan apa ? tanya Ralph.
Dari mana Anda belajar untuk hidup seperti itu ? desak sang professor.
Oh, kata Ralph, selama perang .....
Saya kira, perang telah mengajari saya banyak hal.

Lalu ia menuturkan kisah perjalanan tugasnya di Vietnam . Juga tentang tugasnya saat membersihkan ladang ranjau, dan bagaimana ia harus menyaksikan satu per satu temannya tewas terkena ledakan ranjau di depan matanya.

Saya belajar untuk hidup di antara pijakan setiap langkah. katanya ........
Saya tidak pernah tahu, apakah langkah berikutnya adalah pijakan terakhir, sehingga saya belajar untuk melakukan segala sesuatu yang sanggup saya lakukan tatkala mengangkat dan memijakkan kaki serta mensyukuri langkah sebelumnya.

Setiap langkah yang saya ayunkan merupakan sebuah dunia baru, dan saya kira sejak saat itulah saya menjalani kehidupan seperti ini. Kelimpahan hidup tidak ditentukan oleh berapa lama kita hidup, tetapi sejauh mana kita menjalani kehidupan yang bermakna bagi orang lain.

Nilai manusia .......
tidak ditentukan dengan bagaimana ia mati, melainkan bagaimana ia hidup.
Kekayaan manusia bukan apa yang ia peroleh, melainkan apa yang telah ia berikan.
Selamat menikmati setiap langkah hidup Anda dan BERSYUKURLAH SETIAP SAAT

Banyak orang berpikir bagaimana mengubah dunia ini.
Hanya sedikit yang memikirkan bagaimana mengubah dirinya sendiri..

Kopiwosian.....

Ahad, 25 April 2010

Dari Kota Marudu ke Kota Samarahan

Susunan : Abansey


Tahun 2005 merupakan permulaan bagi saya mengubah hidup keluarga. Bukanlah perubahan drastik sehingga mampu memberikan kekayaan kepada keluarga saya di Talantang tetapi permulaan yang mampu memberi kebahagian kepada keluarga yang jauh di Talantang. Hidup seorang diri di negeri orang merupakan satu cabaran baru bagi saya. Menjadi diri sendiri dan tidak lupa diri adalah perkara yang paling penting. Dari Kota Marudu (Kampung Talantang) ke Kota Samarahan (UNIMAS) bukanlah satu perkara yang mudah buat saya pada awalnya. Tetapi kerana ini adalah berkat dan peluang yang telah Allah Bapa sediakan untuk saya, saya perlu menggunakan peluang ini sebaiknya. Lima tahun bertekun menghabiskan masa sebagai pelajar universiti, sedikit pun tidak mengubah diri saya menjadi seorang yang tahu asal usul saya. Saya bersyukur kerana lahir dalam keluarga yang sentiasa menyokong saya dan sentiasa mendoakan kejayaan saya. Walaupun saya bukan datang dari keluarga yang mampu, saya jadikan itu sebagai satu lonjakan motivasi untuk saya mencapai kejayaan.


Kerana kesedaran seperti ini, saya sentiasa rindu untuk membantu anak-anak Talantang amnya dan pelajar SMK Tandek sekerap yang boleh. Saya tidak pernah mengharapkan balasan dari segi kewangan kerana itu bukan perkara utama dalam kehidupan saya. Satu-satunya perkara yang sentiasa menjadi keutamaan saya adalah mahu membantu para pelajar untuk memajukan diri seterusnya membantu meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing. Tidak ada perkara yang mampu membayar dan membeli kepuasan saya daripada melihat kejayaan anak-anak muda ini. Hampir empat tahun saya menabur benih kejayaan di SMK Tandek dan terbukti bahawa kejayaan bukan datang secara sendiri tetapi perlu di asah sehingga berkilau dan bersinar. Ramai di antara para pelajar yang telah menjadi peserta untuk program saya mengucapkan terima kasih kepada saya. Dengan sedikit ucapan terima kasih daripada mereka sudah cukup memberi kepuasan dalam diri saya. Tidak kurang juga klien-klien kaunseling saya yang berani berubah sehingga berjaya meningkatkan personaliti diri. Semua itu bukan dari saya sendiri tapi datang dari pendidikan yang saya ada dan sepenuhnya di pimpim oleh Allah Bapa.


Kerana itu, saya sentiasa berfikir jika sudah ramai anak-anak Kota Marudu yang berjaya...bila masanya untuk mereka menabur semula benih kejayaan itu kepada anak-anak Kota Marudu???Bukan sesuatu yang sukar untuk melaksanakan tanggungjawab seperti ini. Apa yang paling penting adalah tekad dan perancangan rapi sahaja. Kongsikan berkat kejayaan yang kita ada dengan orang lain maka segalanya akan ditambahkan kepada kita oleh Allah Bapa. Jangan sampai semua itu di tarik semula daripada kita.

Fikirkan dan renungkan bersama..

Salam rindu sayang dari Aban Gaban.

Tuhan Yesus Memberkati.