Ahad, 28 Februari 2010

ANAK TALANTANG MAMPU BERJAYA

Semakin lama saya berada di negeri orang,semakin banyak pengalaman dan ilmu yang saya perolehi.Bukan hanya ilmu akademik tetapi juga ilmu sosial masyarakat..dalam erti kata lain,bagaimana seharusnya sikap manusia itu dikatakan berbeza.Tiada seorang pun dalam dunia ini diciptakan oleh Tuhan dengan serupa.Seringkali kita dengar mengenai kembar tetapi kembar pun tidak akan pernah sama.Persamaan itu ada tetapi sama tidak mungkin.

Ramai anak-anak jati Talantang sekarang ini melanjutkan pelajaran dan mengambil kursus yang pelbagai. Jika sebelum ini sekitar tahun 70-an sehingga 90-an,orang kampung memandang sedikit serong anak-anak yang belajar di kolej swasta. Mereka hanya memandang tinggi anak-anak yang kerja kerajaan dan pastinya guru adalah pekerjaan yang paling di pandang tinggi pada ketika itu. Tetapi sekarang terlalu ramai anak-anak Talantang yang telah berjaya walaupun bukan sebagai guru atau kerja kerajaan. Sedikit sebanyak saya ingin kongsikan kejayaan beberapa anak Talantang yang perlu kita banggakan selepas ini.

Fred Surubi membesar merupakan anak muda yang sangat berjaya sehingga hari ini. Sekarang ini beliau menjadi Pengurus Projek untuk syarikat Tropical Gulf Contracting yang beroperasi di Abu Dhabi,Arab Saudi. Kisah kanak-kanak sehingga sekarang bukan sesuatu yang mudah dalam diri anak muda ini. Banyak perkara yang mampu meruntuhkan kehidupannya jika beliau tidak mampu bertahan kuat dalam setiap cabaran yang di hadapi. Saya sempat berbual dengan beliau dalam Facebook dan beliau mengatakan pernah menjadi kuli rendah di sebuah kilang di Pulau Pinang sebelum majikan memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi designer di syarikat tersebut. Bermula dari bawah sehingga sekarang ini berkhidmat untuk syarikat besar, pasti sesuatu yang perlu kita banggakan dalam diri anak muda berjiwa kental ini.

Bagaimana dengan anak-anak Muralang? Rohzan dan Redzuan merupakan insan yang sentiasa menjadi tunjang kepada ibu mereka. Ketika ini Redzuan menjadi Jurutera Mekanikal di sebuah syarikat pelatar minyak di Miri. Gaji tidak perlu disebutkan kerana memang sangat cukup makan. Beliau juga bermula dari bawah dan akhirnya menjadi jurutera untuk sebuah syarikat mega. Abang beliau juga pastinya seorang yang berjaya juga dalam kariernya. Walaupun saya belum sempat bertanya dan berhubung dengan kedua-dua tokoh muda ini tetapi saya sempat berkenalan dengan mereka semasa zaman kanak-kanak saya dulu. Saya mengenali sedikit Rohzan kerana beliau merupakan antara pemain badminton yang cukup pintar di Talantang. Beliau seorang yang kuat dan bersemangat dalam perlawanan badminton. Itu yang di panggil passion atau dalam erti mudah semangat yang membuak-buak dalam melakukan sesuatu.

Masih ramai lagi anak-anak muda Talantang yang telah berjaya membuktikan bahawa anak kampung mampu berjaya.Kalau mau seribu daya...tak mau seribu dalih. Pastinya itu antara panduan untuk mereka semua mencapai kejayaan. Kenapa anak-anak muda Talantang khususnya ketika ini lebih suka hidup ala kadar sahaja? Kenapa mereka lebih sukakan suasana kampung Talantang (yang memang aman damai) tetapi tidak berani berada di luar tempurung Talantang? Pasti ada yang memberi alasan bebanan keluarga atau tidak berpendidikan tinggi. Kalau itu alasannya,sepatutya itu juga alasan mereka untuk mencari jalan kejayaan.

Menjadi anak yang baik adalah dengan menjadi anak yang berguna kepada ibubapa, bangsa dan agama. Bukan hanya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri. Bktikan bahawa anak-anak Talantang mampu mengubah kehidupan ibubapa dan bangsa kita. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...

Salam rindu dari Aban Gaban.

2 ulasan:

marau-arau berkata...

gud job bro..

fred berkata...

Salam pisompuruan untuk kita semua, warga TU yg tdk jemu2 menjenguk laman TU.

Saya mengucapkan bnyk2 terima kasih kpd penulis artikel "Anak Talantang Mampu Berjaya" iaitu sdra Aban atau mgkn tdk keterlaluan klu saya panggil dia adik Aban.

Terus terang sewaktu saya membaca artikel ini saya sempat merasa bangga kerana ada jga anak Talantang yg diam2, rupa2-nya dia sdg memperhatikan keadaan anak2 Talantang. Namun saya rasa pujian yg diberi terlalu tinggi sehinggakan membuat saya tercabar utk melakukan yg lbh baik lgi.

Sebenarnya saya jga ada bnyk kelemahan dan kekurangan, namun saya tdk jadikan itu sbg penghalang utk saya mengejar impian saya secara peribadi. Saya jga selalu mengalami jatuh-bangun dlm setiap segi kehidupan, baik secara jasmani mahu pun rohani. Namun saya selalu bertekad utk berfikiran positif tdk kira apa pun yg saya alami dlm kehidupan, baik atau buruk yg berlaku pasti ada hikmah disebalik semuanya itu.

Setakat ini, saya memang bersyukur dgn setiap peluang yg Tuhan berikan kpd saya dan saya yakin masih banyak peluang untuk belajar dan memperbaiki kehidupan saya di masa2 yg mendatang. Apa yg saya ingin ungkapkan dri dlm hati saya ilh, saya ingin melihat supaya ramai anak2 Talantang yg akan berjaya dlm bidang masing2.

Saya jga ingin melihat anak2 Talantang yg bebas dri penyakit MALAS. Bagi saya tidak ada yg dpt menolong termasuk Tuhan bgi org PEMALAS.

Semoga melalui laman blog TU ini kita anak2 Talantang dapat saling mendorong, menasihati dan meneguhkan antara satu dgn yg lain.

Salam rindu dari saya...
Fred Surubi